BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Wednesday, September 12, 2012

Angelina Jolie Kembali Ke Turki Untuk Bantu Pelarian Syiria




Bintang Hollywood ini akan ke Selatan Turki iaitu di daerah Hatay untuk membantu pelarian-pelarian dari negara Syiria yang sedang dalam kesusahan. Ini adalah lawatan yang kedua beliau ke sana selepas bulan Jun 2011 yang lalu.


Lawatan Jolie pada tahun lepas


"I am very concerned, the world is very concerned," 

Jolie dipetik berkata semasa lawatan yang beroprofil tinggi bersama-sama dengan Pegawai Tertinggi UNHCR untuk Dunia sedar dan segera mengalihkan fokus terhadap kesusahan rakyat Syiria yang nyawa mereka semakin terancam dan berada di dalam keadaan yang teramat susah kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan makanan yang cukup. Sudah lebih 18 bulan mereka menjadi mangsa kekejaman Presiden Syiria Bashar Assad. 


Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Selepas Peristiwa Bukit Golan, kemarahan Rakyat Syiria semakin membuak-buak kerana Presiden Bashar dikatakan bersekongkol dengan Israel untuk menyerahkan Bukit Golan kepada Israel. 



Bashar Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah. 




"What is very heartbreaking is when Syrian people ask 
you why you think no one is able to find a 
solution for them." said Angelina Jolie.



Rakyat-rakyat Syiria menjadi pelarian kerana kekejaman Presiden Syiria iaitu Presiden Bashar Assad yang pada mulanya telah mengarahkan tentera untuk menembak orang awam semasa demontrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan Bashar Assad.  

Dilaporkan seramai lebih 23,000 orang telah terbunuh dan lebih 10,000 masih hilang sejak March 2011. 


Di Turki sahaja, mereka telah menerima sebanyak lebih 200,000 orang pelarian dari Syiria yang sudah berdaftar dengan UNHCR (U.N. High Commissioner for Refugees )









Secara purata , setiap hari Turki menerima seramai 2000 orang pelarian yang baru. Bayangkan berapa ramai lagi yang masih belum samapai dan masih belum diselamatkan?

Adakah mereka masih hidup ataupun sudah mati?













Angelina Jolie, bukan saja memiliki rapa paras yang menawan , tetapi punya hati yang begitu baik. Tak siapa yang berani dan bersungguh-sungguh seperti beliau untuk membantu rakyat dunia yang dalam kesusahan dan ditindas. Semoga ramai lagi Angelina Jolie yang akan lahir pada masa akan datang..!! 


We Love U Angelina Jolie, We Are All Angelina Jolie..!!!





mari sama-sama bantu mereka dengan salurkan bantuan ke  http://irmblog.org/donate/







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...