BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Monday, September 10, 2012

BODYGUARD ANWAR ACU PISTOL PERLU DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 307 KANUN KESEKSAAN KERANA CUBAAN MEMBUNUH ORANG AWAM


Dalam kejadian jam 3.15 petang 2 hari lalu itu di Melaka, lelaki berusia 37 tahun, yang menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung RIM Jasin Melaka.
Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan menggunakan pistol milik syarikat keselamatan tersebut ketika bertugas.
Tindakan Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim itu ternyata merbahaya kerana boleh menyebabkan orang-orang awam ditembak. Sekumpulan lelaki yang cuba menghalang rombongan Anwar itu tidak menggunakan senjata api pun mahupun parang, ataupun kayu besbol  untuk halang rombongan ni. Kenapa bodyguard dia nak acu pistol pula? 
Samseng sangat ke? Otai sangat ke? Dah Hebat sangat ke jadi Bodyguard Anwar? Kau ingat orang Melaka PENGECUT KE? 


Lelaki berkenaan sudah ditahan polis untuk disiasat.
Tetapi persoalannya adakah tindakan untuk mengacukan pistol kepada orang awan adalah satu tindakan yang betul mengikut Akta Senjata Api dan Akta Hak Pertahanan Persendirian? 
Apakah tindakan polis? 
Kepada rakyat Malaysia. sila tengok gambarajah-gambarajah di bawah dan anda semua boleh nilaikan sendiri:

Gambar 1:


Gambar 2: 


Gambar 3: 

Gambar 4: 

Kami rakyat Malaysia mendesak agar kes ini perlu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh orang awam. Ini adalah sebagai pengajaran untuk semua agar sesiapa yang ada lesen untuk memiliki senjata api tidak menggunakan senjata api dengan sesuka hati apatah lagi untuk mengacukannya kepada orang awam!!!!!! Ini tindakan BIADAP dan KURANG HAJAR..!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...