BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Saturday, September 22, 2012

Contact Lense Pasar Malam Penyebab Kanser Dan Buta




Sekarang ni kalau pergi ke Pasar larut Malam seperti Uptowm Danau Kota ataupun Downtown Cheras, semakin bercambah orang jual contact lense. Ia dijual dengan harga yang amat murah sehingga ada yang jual sepasang RM15. Contact lense ini semakin terkenal sejak pengaruh muzik K-Pop mula diminati orang di Malaysia.





Jauh beza kalau kita beli di Pasaraya dan Kedai yang jual Spek Mata yang ternyata lebih mahal. Paling murah pun dalam RM50 sepasang. Sejak dari mula lagi, aku dah rasa pelik sebab setahu aku, contact lense ni tak boleh dijual oleh orang sesuka hati tanpa sijil dan pengalaman. Tapi di Pasar Larut Malam ni ia dijual oleh peniaga-peniaga yang ternyata tiada pengalaman langsung dalam kesihatan mata. 

Bertambah risau apabila rata-rata kawan aku yang pernah beli contact lense di Pasar Larut Malam ini mengadu yang mata diorang jadi kabur. Kalau tak percaya korang boleh try beli satu.

Contact Lense yang banyak dijual secara online juga amat diragui keselamatannya dan kualitinya.



air solution ini diragui keselamatannya


 antara Brand Contact Lense Korea yang banyak dijual




Kerisauan ini menjadi nyata apabila isu contact lense palsu ini dapat liputan berita Buletin Utama awal malam tadi.

Oleh itu, kepada pembaca-pembaca yang budiman, harap berhati-hati ketika membeli Contact Lense. Pastikan beli yang original dan beli dari kedai yang boleh dipercayai seperti England Optical ataupun Focus Point (sekadar nama yang aku tau) . Biarlah mahal sikit asalkan mata kita terus sihat. Lebih bagus dapatkan nasihat doktor dulu sebelum menggukan contact lense


Harap semua dapat ambil perhatian.


Lihat video yang saya rakam baru tadi:








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...