BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Monday, September 17, 2012

DATUK SERI NOH OMAR belasah geng2 Pakatan Rakyat di Tanjung Karang..!!

Pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya UMNO di Tanjung Karang pada 15 September yang lalu, majlis itu telah dicemari dengan kekacauan yang telah dibuat oleh pengikut2 DAP dan SAMM Selangor yang membantah tentang isu Ternakan Burung Walit.




Ikut Kronologi, sebelum ini Ng Suee Lim (gambar di atas) selaku ADUN Sekinchan DAP,  menuduh Noh Omar ada terlibat dengan skandal Projek Udang. Isu itu pun sudah dijawab Noh Omar yang dia hanya pemilik Tanah sahaja, dan Syarikat pengusaha udang tersebut mengikat kontrak untuk membayar sewa tanah kepada Noh Omar yang selaku tuan tanah kerana tidak mahu Noh Omar menjual tanah tersebut kepada orang lain. Pengusaha Udang tersebut risau jika Noh Omar jual tanah itu kepada orang lain, perniagaan udang mereka akan terjejas kerana mungkin pemilik baru akan menaikkan sewa tanah. Itu sahaja.

Sekarang isu Burung Walit pula. Segala isu dalam "memorandum basi" tersebut telah dijawab awal-awal oleh Noh Omar.



Noh Omar bersetuju menerima "memorandum basi" dari kumpulan tersebut. Penyerahan memorandum tersebut telah disampaikan oleh Adun Sekinchan DAP iaitu Ng Swee Lim dan disertai kira-kira 400 orang penyokong yang dikepalai DAP dan disokong oleh PKR, PAS, SAMM Selangor dan ahli-ahli Persatuan Industri Sarang Burung Walit dari seluruh negeri yang telah terpengaruh dengan cerita basi DAP.


Walaupun mereka buat kacau, Noh Omar adalah seorang ahli politik yang anak jantan dan gentleman kerana telah membaca kesemua permintaan di dalam "memorandum basi" tersebut dan telah menjawab satu-persatu isu tersebut. Ternyata isu yang ditimbulkan sudah jelas terjawab tetapi yang menghairankan kumpulan tersebut masih mengeluarkan dan mengkritik benda yang sudah diselesaikan dan masih dalam perbincangan. Ini menunjukkan kumpulan-kumpulan yang dikepalai oleh DAP ini TIDAK FAHAM TENTANG APA YANG MEREKA PERJUANGKAN. Mungkin ADUN itu faham ,tapi beliau sengaja untuk menghasut ahli-ahli penternak ini supaya menentang apa sahaja yang dilakukan oleh Kerajaan khususnya Kementerian Asas Tani demi kepentingan Politik. Adun DAP sedar penternak-penternak ini kurang info tentang isu semasa, dan dengan mudah dia memperalatkan para penternak-penternak ini. 

Kemungkinan Penternak-penternak yang datang buat kecoh itu telah DIBAYAR dengan wang ringgit juga boleh berlaku kerana mereka seperti tidak tahu apa yang mereka sedang perjuangkan. 


Apapun tahniah kepada Datuk Seri Noh Omar kerana dengan selambanya menjawab semua persoalan dan ketidakpuasan hati dalam Memorandum tersebut dalam keadaan tidak formal dan tidak berdolak dalik untuk menjawab segala persoalan. Ini adalah satu tamparan hebat kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang seringkali mengelak untuk menjawab segala soalan dari pihak wartawan mahupun UMno dan juga pernah ugut untuk menyaman sesiapa yang menyoal tentang ketelusan kerajaan Negeri Selangor mentadbir Kewangan negeri tersebut.


p/s: untuk pengetahuan pembaca yang budiman, Ng Suee Lim sedang berhadapan dengan 2 saman fitnah bernilai 20Juta  daripada Khir Toyo dan Noh Omar.

untuk berita lebih lanjut Klik Sini






ORANG BUAT OPEN HOUSE, NAK HAPPY-HAPPY, DIORANG DATANG NAK BUAT KECOH, TAKDE HARI LAIN KE YG SESUAI NAK BERPOLITIK? BODOH TAK DAK AKAL PUNYA Pakatan(haram) Rakyat!!!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...