BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Monday, September 3, 2012

FELDA vs PAS



Tahniah kepada semua warga FELDA kerana setelah sekian lama bersusah-payah dan bersabar akhirnya sekarang sudah dapat share dalam Felda Global Venture. Dah la dapat share, dapat durian runtuh lagi..untungnya warga FELDA. Kejayaan mereka bukan saja di peringkat Asia, ia di peringkat DUNIA. Sebelum FGVH masuk ke Bursa Saham, harga seunit adalah rm4.45. Sekarang bila dah masuk ke Papan Pertama Bursa, harga terus melonjak ke rm5.40 seunit. Lepas ni orang2 FELDA mesti hari-hari selak surat khabar tengok harga saham diorang. Dengan sokongan dari Kerajaan. warga-warga FELDA, dan pelabur-pelabur, nilai saham FGV dijangka akan terus melonjak.


Kalau nak sembang bab saham, dengarlah dari orang yang arif dalam saham iaitu remiser sendiri. Ini tidak, dok dengar dari ustaz-ustaz meggi segera dan ustaz-ustaz yang bodoh sombong memang lingkup la. Ulasan tentang kebaikan penyenaraian saham FGVH boleh dilihat di sini:

http://www.faizalyusup.net/2012/03/penyenaraian-yang-menguntungkan-huda.html

Memang patut la pun ada yang dengki dan 'tidak senang' dengan kejayaan warga FELDA sekarang. Ada saja yang serba serbi tak kena dengan segala kejayaan yang dicetuskan oleh FELDA sehingga ada yang nak buat Perhimpunan yang dianjur oleh 'Parti PAS' membantah penyenaraian FELDA di Bursa pada 14 Julai lalu di Masjid Wilayah. Untuk apa? Gila? Uncle Samad? terlebih peka kah? Haji Hadi? nanti aku kata korang semua ni bodoh marah pulak.




Jangan sampai orang2 FELDA mengamuk sebab saham diorang jatuh disebabkan kerja orang-orang pembangkang ni. Di sini memang nampak sangat betapa busuknya hati Pemimpin-pemimpin PAS yang sengaja untuk mengelirukan pengikut diorang walaupun sebenarnya diorang tahu hanya organisasi yang kukuh sahaja yg layak disenarai di Papan Utama.

Kepada yang bukan ahli keluarga warga FELDA, patutnnya kita sama-sama tumpang gembira, jangan dengki terhadap mereka kerana mereka berhak mendapat semua ini. Aku pun bukan orang FELDA. Dengan kejayaan FELDA ini diharapkan dapat membuka mata kepada semua orang Melayu untuk mencari idea dan menguatkan usaha untuk berjaya dan menyuntik semangat yg positif untuk maju tanpa menoleh ke belakang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...