BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Monday, September 3, 2012

Hikmah disebalik British di Tanah Melayu.



Dahulu kala negeri Perlis, Kedah dan Kelantan adalah bawah kerajaan Siam. Untuk kuasai Semenanjung Tanah Melayu, Siam menyerang Melaka tetapi gagal kerana Melaka ada hubungan yang kuat dengan Kerajaan China disamping ada ramai pahlawan2 dan laksamana yang kuat.

Bila Kerajaan China lemah, Portugis telah berjaya menawan Melaka. Sultan Melaka lari ke Joho
r dan wujud Kerajaan Johor. Johor telah menjalin hubungan dengan Belanda lalu merampas semula Melaka dari Portugis. Kemasukan Belanda secara automatik bermaksud kemasukan pengaruh British ke Tanah Melayu. Semasa dalam jajahan British, mereka telah menawan Perlis, Kedah dan Kelantan dalam jajahan Tanah Melayu.

Ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu, Perlis, Kedah dan Kelantan telah diserah semula kepada Siam. Tetapi selepas Hiroshina dan Nagasaki di bom, Jepun menyerah kalah dan 3 negeri ini jatuh semula ke Tanah Melayu.

Dan lama selepas itu, Tanah Melayu telah dijajah sendiri oleh orang Melayu sendiri dengan tercapainya Kemerdekaan dengan hanya di meja rundingan tanpa perlu berperang dan menumpahkan darah.

Dan yang paling best, walaupun sudah banyak anasir luar yang menjajah Tanah Melayu, negara kita masih berpegang kepada Ajaran Islam. Itulah buktinya Islam begitu kuat di setiap jiwa pemimpin dan dan orang2 Melayu.

Kita kena percaya kepada qada dan qadar dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tq Britain. Aku orang Perlis dan aku bersyukur tak jadi orang Siam..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke55..!!!! Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...