BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Thursday, September 20, 2012

Kunyit Boleh Panjangkan Umur



Tanpa kita sedari, kunyit merupakan salah satu penyembuh semulajadi yang bagus. Sebut saja kunyit, mesti kita teringat akan India kerana orang sana memang suka guna kunyit samada dalam masakan mahupun lain2 perkara. 

Kunyit mempunya sejenis vitamin dipanggil curcumin yang mempunya banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh badan manusia dan juga haiwan.




Aarthi Narayan yang merupakan seorang pensyarah di George Mason University, Virginia telah menanam 10 jenis kunyit yang berlainan dalam kajiannya untuk menentukan jenis mana yang terbaik. Beliau juga telah menggunakan kunyit ini dalam kajiannya ke atas virus-virus yang lain termasuk HIV.


1: Dalam dunia perubatan Cina, kunyit digunakan sebagai anti-radang, seperti merawat masalah hati, sistem pencernaan, penyakit kulit dan luka-luka.

2: Kunyit juga mampu merawat kanser dan juga Alzheimer.

3: Mampu menyembuh Ulser dan sakit tekak

4: Boleh menghalang proses penuaan

5: Zaman Yunani , kunyit digunakan untuk merawat demam kuning dan masalah hati.

6: Kunyit juga digunakan dalam ubat gigi

7: Melegakan asma dan batuk-batuk.

8: Dalam satu kajian, kunyit mampu mencegah kanser payudara dari merebak ke bahagian paru-paru

9: Ia juga mampu mengurangkan risiko leukimia di peringkat kanak-kanak




Lepas ni ramai la orang beli kunyit...silap-silap ada pulak Kopi Kunyit lepas ni...keh keh keh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...