BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Wednesday, September 5, 2012

Sekitar Peristiwa Yang Memalukan Pada Hari Kemerdekaan 2012

Sambutan Kemerdekaan pada tahun 2012 ini adalah yang paling panas sekali. Dengan provokasi-provokasi dari pihak-pihak pembangkang yang sudah semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat. Kenapa aku kata terdesak?.. Ini adalah kerana mereka semakin tidak disenangi oleh rakyat Malaysia akibat dari pelbagai tindakan mereka sebelum ini yang aggresif dan tidak bersopan.

Orang Malaysia terkenal dengan hati yang lembut dan bersopan santun. Mungkin mereka lupa yang rakyat Malaysia bukan seperti bangsa-bangsa lain yang terkenal dengan budaya yang amat baik, mesra, sopan dan segala yang baik-baik belaka.

Pemimpin-pemimpin Pembangkang dilihat seperti sengaja membiarkan pengikut-pengikut mereka yang ekstrem ini untuk melakukan pelabagai kelakuan yang ganas dan kotor. Sepatutnya mereka perlu menghindari semua ini dan sepatutnya dari awal-awal lagi menegur dan memberi AMARAN YANG KERAS kepada semua pengikut mereka agar tidak melakukan perkara yang ganas dan menjelikkan.



Walaupun Pembangkan mengatakan mereka sudah kasi warning awal-awal, tapi berlaku juga perkara-perkara yang bodoh yang terjadi semasa Malam Merdeka lalu. Ini menunjukkan Pembangkang tidak dapat mengawal tingkah laku pengikut-pengikut mereka. Ternyata Pemimpin-pemimpin pembangkang gagal kerana pengikut-pengikut mereka gagal untuk menghormati teguran-teguran mereka. Bagaimana pula mereka untuk memimpin Negara jika benda yang kecil ini pun GAGAL untuk dikawal?. Pakatan Rakyat terbukti GAGAL.

Ini berbeza sekali di pihak Kerajaan Barisan Nasional. Sambutan Kemerdekaan disambut dengan meriah tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini dan juga perkara-perkara provokasi yang ganas dan sebagainya.
Sambutan Merdeka semasa di Stadium Bukit Jalil ternyata begitu meriah sekali.



Lihatlah kemeriahan dan kegembiraan rakyat di sambutan Merdeka


Melihat begitu ramainya rakyat yang datang ke Stadium untuk merayakan hari Kemerdekaan ini, ada juga mulut-mulut busuk pembangkang yang cuba fitnah yang katanya semua yang datang ke stadium semuanya di bayar. Saya diberitahu yang orang-orang yang dibayar hanya yang terlibat dalam perarakan dan persembahan. Bayangkan dengan sambutan yang besar ini, dengan menggunakan Stadium Bukit Jalil yang berkapasiti besar ini, agak-agak berapa banyak tenaga kerja yang digunakan untuk menjayakan Acara ini? Fikir sendiri la..jangan hanya suka FITNAH.



Sudah la FITNAH lepas tu Pemimpin Suci mereka pula berkelakuan biadap dan kurang hajar semasa sambutan Kemerdekaan yang dianjurkan mereka di Negeri yang dikuasai mereka iaitu tidak mengangkat tangan semasa Ikrar Rukun Negara.


Aku yakin bila di tanya wartawan mengenai hal tak angkat tangan ni, Anwar mesti akan marah kepada wartawan dan bertanyakan soalan yang taida kena mengena kepada wartawan itu balik. Anwar memang terer dalam reverse psycology ni. Kebanyakan Penipu memang suka guna kaedah Reverse Psycology.


Memang la dalam Islam tiada diajar untuk angkat tangan semasa ikrar rukun negara. Apela bodoh sangat, kau tinggal di mana skarang?. Dah tau duduk Malaysia, cuba la belajar hormat sikit. Bukannya teruk sangat pun.


KEPADA PEMBANGKANG..!! 
JANGAN KAU CEMARI KEMERDEKAAN DAN KEAMANAN MALAYSIA DENGAN PERANGAI BODOH KORANG!!!
KAMI RAKYAT MALAYSIA MELUAT DENGAN PEMBANGKANG YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN SENGAL...!!!



                                                        PEGI MAMPOS..!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...