BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Monday, September 3, 2012

Ulama’ lah Yang Menimbulkan Fitnah Dan Pepecahan Dalam Masyarakat Kita Hari Ini.





Maaf jika tajuk ini nampak macam berdosa. 

Sebelum apa-apa, aku nak share kisah nabi iaitu masa selepas peristiwa Hijrah, tercetusnya perbalahan antara Kaum Muhajirin (Mekah) dan Ansar (Madinah). Akhirnya nak berlaku Perang Saudara. 

1. Ketika itu Abdullah Bin Ubai seorang yang terkenal dengan sifat Munafiq menghasut 
kaun Ansar dengan berkata bahawa kaum Muhajirin tak kenang jasa kaum Ansar yang telah menolong Muhajirin semasa perhijrahan ke Madinah. Abdullah Ubai terkenal dengan sifat Bapak segala Munafiq. Munafiq ini adalah zahirnya Islam tetapi di dalam nya Kafir. Dia dan pengikutnya amat kecewa dan menyimpan dendam terhadap jamaah Rasulullah S.A.W hanya kerana gagalnya harapan mereka untuk menjadi raja atau pemimpin terkemuka di Madinah dengan kemenangan Islam dan Hijrahnya Rasulullah S.A.W.



2. Saidina Umar tahu punca ini adalah akibat Abdullah B Ubai lalu Umar meminta kebenaran Rasulullah untuk memancung kepala Abdullah Ubai. Lalu Rasulullah melarang dan berkata “kalau kamu bunuh Abdullah bin Ubai maka akan terjadi fitnah yg lebih besar lagi bahawa akan ada yang juga mengatakan Muhammad yang membunuh sahabatnya sendiri dan akan berlaku pertumpahan darah sesama kita(Islam) pula lagi”

3. Lalu Rasullullah memerintahkan semua Muhajirin dan Ansar berhenti bertelingkah. Semasa dalam perjalanan pulang, Rasulullah berjumpa dengan Anak kepada Abdullah B Ubai lalu anaknya bertanya kepada Rasulullah adakah benar baginda telah memerintahkan agar ayahnya dibunuh. Lalu Rasulullah berkata “tidak, tidak . tidak. Tidak, selagi dia (Abdullah b Ubai) adalah di kalangan kami (orang2 Islam), maka tetap kami mengatakan bahawa dia adalah sahabat.



4. Lalu Anak Abdullah b Ubai berkata kepada Rasulullah “Kalau Rasulullah mahu membunuh dia, biar saya yang membunuhnya dan membawa kepalanya ke hadapan Rasulullah,kerana jika orang yang lain yang bunuh, sudah tentu aku akan berdendam kepada orang tersebut”. Lalu Rasulullah berpaling kepada Saidina Umar lalu berkata “Ya Umar, engkau lihat, kalau kau bunuh Abdullah B Ubai, nanti tentu anaknya akan berdendam kepada kamu dan akan terjadi perkara yang lebih besar daripada apa yang kau sangka”

5. Maka kawan-kawan sekalian, tengok macam mana akhlak Rasulullah. Walaupun orang tu munafiq, tapi Rasulullah tak pernah cakap dia munafiq apatah lagi untuk kafirkan dia, bahkan baginda akui dia adalah sahabat. Baginda masih lagi memberi kemaafan dan berdoa agar ada keinsafan.



6. Sebab itu zaman kita, hari ini Ulama sepatutnya mengajar kepada masyarakat supaya jangan mengumpat, menfitnah, mengata kat orang, buka aib orang, fitnah orang , mengkafirkan sesama Islam. Tetapi di zaman kita sekarang, Ulama yang pula buat kerja TERKUTUK itu. INI YANg KITA BIMBANG.

7. So, kalau zaman kita macam ini, nak selamat macam mana? Kita akan selamat jika kita mengamalkan Sunnah Rasulullah. Marilah kita belajar Ahlul Sunnah Wal jamaah. Nak belajar zaman kita skarang ni pun kena tengok-tengok juga. Walaupun Ustaz tu pakai serban atau pakai jubah, belum tentu dia membawa Ahlul-Sunnah Waljamaah. Sebab itu kita kena berjaga-jaga, kalau nak cari ilmu, carilah ilmu yang bertepatan dengan ajaran Rasulullah.

8. Insyaalah mudah-mudahan di Bulan Ramadhan Allah akan mengampun dosa kita dengan keberkatan dari Nabi Rasulullah S.A.W

tq for reading

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...