BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Sunday, October 14, 2012

Fitnah Terbaru Blogger dan Facebooker Pakatan Haram Jadah

Gambar (A) Ini adalah gambar yang diedit oleh mereka semata-mata untuk menuduh pihak UMNO yang membiarkan gambar Kaabah bersebelahan dengan gambar sambutan Halloween yang telah diupload oleh Admin page Kami Boikot Buletin Utama Tv3 (KBBUTV3)





 Gambar (B) ini adalah gambar asal yang telah dihantar oleh seorang rakan yang tinggal berdekatan dengan shopping kompleks tersebut.




Gambar (C) gamba rini menunjukkan Admin page KBBUTV3 mengatakan bahawa gambar (A) yang semalam sudah diturunkan oleh orang-orang mereka, padahal itu adalah gambar edit. 





Gambar (D) gambar ini menunjukkan yang Admin KBBUTV3 dengan megahnya mendakwa Pihak SAMM (Solidariti Anak Muda) telah berjaya turunkan banner tersebut. 


Berikutan fitnah syok sendiri ini, makin seronoklah penyokong-penyokong Pakatan Haram mencaci maki UMNO. Ada juga yang memaki hamun Perkasa yang mengatakan UMNO @ Perkasa membiarkan sahaja banner ini digantung. 

Di peringkat awal lagi, kita boleh nampak perangai blogger Pakatan Haram ini macam mana. Dalam berpolitik ni, kita memang dibolehkan untuk meraikan perbezaan pandangan dan ideologi politik. 

Tapi dalam menyerang pihak lawan dengan memuat naikkan gambar yang sudah di super impose dan diedit adalah sesuatu yang tidak wajar dan terlalu kebudak-budakan. Tak matang dan nampak sangat terlalu terdesak untuk meraih sokongan. 

Apapun, jika benda seperti menghina Islam ini ada, ia bukannya tugas UMNO ataupun Perkasa bahkan Hassan Ali sahaja. Ini adalah kerja kita semua umat Islam.Pro-Kerajaan mahupun Pembangkang pun yang beragama Islam memang kita patut alert benda ni. 

Lagipun Pihak SAMM Pahang pun adalah yang paling terdekat dengan tempat kejadian. Orang UMNO tak lepak kat shopping-shopping kompleks hari-hari rasanya.Manalah mereka nak tahu.

Maka sebagai wakil orang Islam yang lain, patutlah orang-orang SAMM pergi ke sana dan settlekan setakat yang mampu. Mungkin jika pihak Penganjur masih kurang hajar mahupun berdegil, barulah boleh ditimbulkan isu ini secara meluas.

Tapi apapun bagi saya, kerja yang SAMM ini buat hanyalah kerja yang hanya nak menunjuk-nunjuk sahaja. Mereka tidak ikhlas. Hanya inginkan pujian disamping dapat mengejek-ejek UMNO sahaja. 

Saya yakin bila banner ini mereka nampak, mereka tak bagitahu pun dekat cawangan UMNO yang berdekatan tempat tersebut. Jika ada sudah tentu UMNO takkan biarkan. Sebab UMNO terkenal dengan mempertahankan Islam, Raja dan Bangsa Melayu. 

Sudah-sudahlah tu wahai Bloggers-bloggers dan Facebookers- Facebookers Pakatan Haram sekalian. Cukup lah tu dengan budaya super impose dan FITNAH korang tu. ingatlah sikit kes Altantuya yang korang super impose dengan Dato Seri Najib tu. Baru-baru ni korang fitnah gambar Menteri Pertahanan peluk awek di luar negara. Malu lah sikit. Islam apa macam ni? 

Kalau buat satu kerja tu, buatlah dengan ikhlas. Jangan buat hanya nak kena puji dan hanya nak dapat banyak "LIKE" sahaja. Itu namanya Ketagihan Publisiti Murahan dan Syok Sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...