BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Monday, October 15, 2012

HEBAT..!! INSTRUMEN MUZIK DIMAINKAN OLEH KERETA




Gambar: Kereta Chevrolet Aveo yang digunakan.


Sebanyak hampir 65 Amp, 280 biji gitar dan 60 buah piano telah dirosakkan ataupun digunakan dalam video muzik ini. Dan kesemua alat-alat muzik tersebut dimainkan oleh Kereta Chevrolet di satu trek jalan yang besar yang dibuat hanya untuk video klip lagu kumpulan OK GO.



Gambar: Sebahagian dari beratus gitar Gretsch "original" yang digunakan.


OK GO band yang berasal dari Chicago, Amerika semasa awal era Youtube dulu menjadi kegilaan ramai kerana mereka ini suka membikinkan video clip yang lain dari yang lain. Video Clip mereka telah menjadi fenomena di seluruh dunia pada ketika itu. 




Mungkin semasa saya menulis tentang OK GO ini, video ini telah lama keluar iaitu pada Februari awal tahun ini, tapi saya ingin share kepada semua yang masih belum tahu mengenai mereka.



Gambar: Video clip "A Million Ways"

Mereka awal-awal dulu terkenal dengan Video Clip "A Million Ways" yang telah menjadi ikutan dimana begitu banyak video yang dibuat oleh peminat mereka untuk meniru aksi mereka menari dengan gaya menarik dan kelakar dalam video clip itu.



Gambar: video clip "Here It Goes Again"

Selepas itu video clip seterusnya juga menjadi meletup danmenjadi fenomena juga di youtube dengan videoclip bertajuk "Here It Goes Again" yang mempamerkan aksi mereka di alat senamam Treadmill. Video klip ini akhirnya memenangi Grammy Award pada tahun 2007 untuk kategori "The Best Short-Form Music Video".

Dan selepas itu kesemua video yang dibuat OK GO terus menjadi hit.

Sehingga awal tahun 2012 ini, mereka telah buat video mereka yang paling terbaru iaitu "Needing/Getting". Saya rasa antara kesemua video klip mereka, yang kali inilah yang saya rasa yang paling banyak kos untuk membuatnya. Kalau nak tahu anda boleh tengok sendiri pembikinan video klip ini di sebalik tabir:


layan: 





dan ini adalah hasilnya:


terbaik!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...