BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Tuesday, October 16, 2012

Laporan Ketua Audit Negara Bukti Kerajaan BN Lebih Telus Berbanding Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat



Kalau nak ikutkan dalam Laporan Audit Negara semalam, memang banyak respon yang baik dari seluruh pihak dan rakyat. Hasil kutipan kerajaan juga meningkat. 

Walaupun banyak agensi kerajaan yang memberi rekod yang baik, ada juga yang masih lemah. Seperti kita lihat, PETRONAS sentiasa memberi Kerajaan dividen yang paling banyak iaitu 49 Billion pada tahun 2011 berbanding 38Billion pada tahun sebelumnya. 

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, pada umumnya terdapat kelemahan seperti:

- Improper payment (pembayaran tidak wajar)
- Kerja atau bekalan ti mengikut spesifikasi (tidak berkualiti/tidak sesuai)
- Kelewatan tidak munasabah
- Pembaziran pungutan hasil
- Pembazian pengurusan aset kerajaan.

Katanya kelemahan ini disebabkan oleh:

- Kecuaian mematuhi peraturan yang ditetapkan Kerajaan
- Kurang teliti semasa merancang program atau projek, menetapkan skop dan spesifikasi tender. 
- Tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja kontraktor-kontraktor atau vendor
- Kurang berkemahiran dalam menguruskan projek
- Lewat membuat keputusan mengenai perolehan
- Sistem maklumat jabatan atau agensi yang tidak lengkap/dikemaskini.
- Kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/projek
- Kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset
- Kekurangan pegawai untuk mengutip hasil.




Menurutnya lagi, dari 23 Syarikat Kerajaan telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM 256Billion, tetapi hanya 10 Syarikat sahaja membayar dividen sebanyak RM 109Billion. Di sini kita boleh lihat ada ketirisan sebanyak RM 147Billion.

Walaupun banyak kelemahan, Syarikat/Agensi Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambahbaik prestasi mereka dan buktinya seperti tahun 2010, sebanyak 220 daripada 297 syor yang dikemukakan oleh Audit telah diambil tindakan.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara pada 2011 pula katanya, 356 syor telah dikemukakan untuk tindakan pembetulan.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil 30 Jabatan kerajaan berhubung salahlaku yang dikesan dalam Laporan tersebut.

"Kita dapati masih terdapat kelemahan di bahagian pengurusan kontrak, peralatan dan penyelenggaraan bangunan bagaimanapun ada peningkatan"Kata Dato Seri Azmi Khalid yang berpuas hati dengan prestasi kewangan negara bagaimanapun masih terdapat kelemahan di beberapa bahagian.

Dengan ini adalah jelas bahawa kerajaan sentiasa menitik beratkan Syarikat/Agensi Kerajaan menjalankan kerja dengan efektif dan sewajarnya. Laporan ini membuktikan Kerajaan sangat telus demi untuk meningkatkan prestasi dan kewangan negara.

Adalah tidak munasabah jika ada pihak yang menuduh Kerajaan kita banyak rasuah, kerana jika berlaku banyak rasuah, kerajaan kita tidak boleh mendapat banyak kutipan dari dividen yang diperoleh dari Syarikat-syarikat dan agensi-agensi ini. Kena sedar, tidak ada satu negara dalam dunia pun yang perfect.

Walaupun kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan, tetapi masih ada juga mangkuk-mangkuk hayun dalam Syarikat/Agensi ini yang masih tak pandai buat kerja. 

Kita perlu sedar, orang-orang ataupun penyokong yang anti-kerajaan juga banyak dalam syarikat/agensi ini. 

Ada juga pihak-pihak terutamanya pihak Pakatan Rakyat yang masih menuduh kerajaan tidak telus dan sebagainya. Tetapi apabila kerajaan telus sebegini rupa, mereka mengutuk dan mengkritik Kerajaan tanpa usul periksa. Ada saja benda yang tidak kena.

Perkara ini kita tidak dapat lihat dalam Kenyataan Laporan Audit di Negeri-Negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang sentiasa menunjukkan mereka untung, tiada kelemahan dan segala yang elok-elok belaka. Tetapi jika kita melihat setiap inci Laporan Audit Negeri mereka, memang indah khabar dari rupa.

Mereka sedar yang rakyat mahupun penyokong mereka takkan mampu untuk membaca setiap inci Laporan Audit yang tebal itu dan dengan kenyataan fantasi mereka berjaya mengaburi rakyat dan penyokong mereka.

Kepada semua rakyat Malaysia diharapkan perlu sentiasa berhati-hati dengan setiap kenyataan yang keluar dari mulut dari pemimpin-pemimpin di dalam Pakatan Rakyat kerana apa yang mereka tuturkan kebanyakkannya hanyalah temberang sahaja.

-Tokei Kedai.


1 comment:

  1. Pakatan Rakyat bukan reti baca laporan audit. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...