BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Sunday, October 7, 2012

Panorama Mengagumkan Piramid 360°






Ini adalah sekilas pandangan di Piramid Besar Giza di Mesir yang difilemkan oleh AirPano. Piramid Besar adalah salah satu dari '7 benda ajaib di dunia'. Dan ia adalah satu-satunya yang paling besar dan masih teguh berdiri. 





Setahun yang lalu Sergey Semenov cuba untuk menyewa sebuah helikopter di Kaherah untuk mengambil video dan gambar di sekitar piramid dari udara. Ia tidak menjadi kenyataan kerana atas keselamatan negara.  

"Tiada foto dibenarkan kerana jaraknya yang dekat dengan pangkalan tentera yang terletak berdekatan Piramid" 





 Walau bagaimanapun, seorang saintis Perancis pernah merasuah pemandu tempatan dan berjaya berada di atas piramid dengan peralatan untuk mengukur beberapa medan magnet di situ. Piramid dikelilingi oleh pagar tinggi dengan sensor dan pengawal khas lengkap dengan mesingan dan anjing keselamatan seringkali melaukukan rondaan pada setiap perimeter kawasan Piramid setiap jam ketika habisnya waktu lawatan untuk pelancong. 





Oleh itu Sergey Sermanov telah mencipta robot yang boleh terbang iaitu Airpano. Airpano dilengkapi dengab kamera video untuk mengambil gambar dari jarak udara yang paling dekat dengan Piramid tanpa membuat bising seperti helikopter. 





Di bawah ini adalah video yang telah dilakukan oleh Airpano:





Cukup mengagumkan. Untuk lebih kagum lagi, walaupun anda belum pernah sampai ke Mesir untuk lihat Piramid, sekarang anda boleh melawat dengan sendiri dengan menggunakan gambar panorama 360° yang telah diambil oleh Airpano ini. KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...