BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Wednesday, October 17, 2012

Public Gold Sdn Bhd Antara Syarikat Pelaburan Emas Yang Tidak Sah, Lapor BNM





Bank Negara Malaysia (BNM) mengenalpasti sembilan lagi syarikat termasuk 5 yang terlibat dalam pelaburan emas telah menjalankan kegiatan tanpa pmengikut peraturan kewangan.


Syarikat berikut adalah:

- Azea Property Sdn Bhd (terbabit dalam aktiviti tanpa lesen)
- CGF Fine Metal Sdn Bhd (terbabit dalam urusan emas)
- Eagle Aeronautics (m) Sdn Bhd (terbabit dalam aktiviti tanpa lesen)
- Global Peace Loving Family (terbabit dalam aktiviti tanpa lesen)
- Greenmillion Agrosolution Ent (terbabit dalam aktiviti tanpa lesen)
- Public Gold Sdn Bhd (terbabit dalam urusan emas)
- Royal Gold Sdn Bhd (terbabit dalam urusan emas)
- SGFM Trading Sdn Bhd (terbabit dalam urusan emas)
- Urustabil Sdn Bhd (terbabit dalam aktiviti tanpa lesen)

Syarikat-syarikat yang disenaraikan tersebut boleh dirujuk di website Bank Negara iaitu www.bnm.gov.my pada 27 September lalu.

Menurut Bank Negara, kebanyakkan aktiviti pelaburan emas, perniagaan matawang asing adalah tidak berlesen. Mengikut akta Bank dan institusi Kewangan 1989, syarikat terbabit perlu mendapat perakuan bertulis daripada Bank Negara sebelum menjalankan aktiviti tersebut di negara ini.

Bank Negara ingin mengingatkan orang ramai supaya melabur dengan pihak yang dilesenkan pihak berkuasa dan berhati-hati serta meneliti kesan buruk sebelum menyertai mana  mana skim yang menjanjikan pulangan tinggi ataupun pulangan tetap dalam jangka masa singkat.

Ramai pelabur yang menjadi mangsa akibat keliru kerana ingin cepat kaya.

Syarikat yang menjalankan aktiviti pelaburan emas ini menmpunya modus operandi yang sering mengelirukan pelabur mereka iaitu:

1: Meminta pelabur mengisi borang pelaburan dan menandatangani perjanjian dengan pengendali skim.

2: Pelabur akan membayar harga emas menerusi cek ataupun tunai danmemberikan pilihan untuk mengambil emas (bersama sijil pelaburan emas) pada bila-bila masa seperti ditetapkan pengendali skim atau membenarkan pengendali menyimpa produk emas.

3: Pelabur dijanjikan menerima pulangan dalam bentuk Hibah(dividen) setiap bulan sepanjang tempoh pelaburan mengikut peratusan ditetapkan

4: pengendali skim menjamin pembelian balik ketika tempoh akhir perjanjian pada harga asal.

Jesteru itu, Bank Negara mensihatkan  orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menggunakan surat perakuan yang dikatakan dikeluarkan oleh Bank Negara untuk menarik pelaburan dalam pelbagai skim. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...