BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Friday, November 2, 2012

Majoriti Rakyat Malaysia Sokong Kamera AES



Siapa suka kena saman? Saya pun tak suka. Bila kena saman selalunya kita mesti menyumpah seranah. Ini sebab kita bakal kena bayar duit saman. Itu adalah reaksi yang normal. 

Kita sedar, tujuan saman tersebut juga adalah untuk mendidik kita supaya memandu dengan berhemah. Mungkin kita lupa pada masa kita mula-mula ambil test dengan JPJ dulu, masa itu kita boleh menjadi pemandu yang amat berhemah. Tetapi apabila dapat saja lesen, terus kita lupa. Kadang-kadang pakai tali pinggang keselamatan pun tidak. Bila dah kena saman, jangan la salahkan sesiapa ok. Salahkan diri kita.

Sekarang timbul isu Kamera AES pula. Bagi saya kamera AES ini tidak jadi masalah kepada saya kerana:


  • Ia mudah dikesan kerana ada papan tanda yang memberitahu adanya kamera AES. Boleh standby perlahankan kenderaan.
  • Kamera AES juga dipasang secara terang-terangan. Tidak seperti kamera Speedtrap yang susah dikesan.
  • Tak semua lokasi di jalanraya ataupun di lebuhraya yang dipasang kamera AES. Masih banyak lagi tempat untuk memecut.
  • Jika musim perayaan, Jalanraya dan lebuhraya selalu sesak dan kereta bergerak perlahan maka buat apa nak risau dengan AES.
Kamera AES kebanyakkannya dipasang di tempat-tempat yang mempunyai banyak rekod berlakunya kemalangan yang menyebabkan kematian yang ngeri. Hampir setiap hari dalam Berita di TV-TV utama, mesti ada saja berita tentang kematian akibat kemalangan. 

Benda ini menjadi beban dan tanggungjawab Pihak Berkuasa untuk mengurangkannya terutama Polis Trafik. Sahabat saya juga seorang anggota polis trafik memberitahu jika statistik kemalangan tinggi di tempat mereka, bila ada meeting, mereka akan teruk kena marah. Sebab itu ada juga terdapat kamera AES dipasang di tempat yang mempunya had sebanyak 60km/h dan 30km/h. 

Fakta kemalangan di Malaysia boleh dibaca di sini. Baca bila rajin.(http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/10842-peningkatan-kemalangan-jalan-raya.html)

Banyak mulut-mulut yang sumbang terutamanya dari mulut penyokong pembangkang dan juga pemimpin mereka yang membantah pemasangan kamera AES ini. Antara alasan mereka adalah:

  1. Pemasangan membebankan rakyat
  2. Kerajaan curi wang rakyat (melalui saman)
  3. Kerajaan utamakan kroni.
  4. Pemasangan kamera di tempat yang kurang sesuai
Jika kita tengok antara alasan kenapa mereka bangkang di atas. Memang nampak sangat mereka hanya membagkang secara hentam keromo dan membabi buta serta amat tidak bertanggungjawab. Mungkin mereka hanya ikut saja cakap pemimpin mereka atau kawan-kawan sekapal. Jawapan kepada perkara diatas adalah seperti berikut (mengikut turutan nombor)

  1. Kamera AES tidak membebankan langsung pada rakyat kerana pemandu dapat mengelak dari kena saman kerana kita boleh mengagak lokasi kamera tersebut.
  2. Kalau mereka kata kerajaan terdesak nak curi wang rakyat, lebih baik tak payah pasang kamera AES. Kerajaan boleh arahkan Polis Trafik bersembunyi di sebalik semak ataupun atas pokok untuk buat Perangkap Speedtrap. Berjuta-juta kerajaan boleh pungut dalam masa sejam.
  3. Kroni? isu ni sudah basi. Pihak pembangkang ni kalau baju untuk PLKN pun boleh dijadikan isu kroni. Mungkin diorang lupa yang Parti Keadilan dipimpin oleh Anwar Ibrahim, isteri dan anak perempuan beliau. Bantah dulu amalam kronisme dan Nepotisme dalam PKR dulu baru boleh sembang pasal kroni ni semua.
  4. Pemasangan di tempat yang kurang sesuai? Alasan ini mungkin boleh diterima pakai. Pihak berkuasa perlu menstruktur semula kamera AES di tempat yang sesuai jika ada yang didapati tidak sesuai.(beginilah contoh untuk menjadi pembangkang yang bagus dan berhemat)
Oleh itu, dinasihatkan kepada pembangkang-pembangkang dan ada juga orang yang dari pro-kerajaan yang membantah pemasangan kamera ini supaya berfikir semua tentang kebaikan yang banyak daripada kamera AES ini. Jangan fikir pasal saman yang kita nak kena bayar saja. Fikir lah kebaikannya sama. 

Rata-rata orang yang saya tanya tentang AES semasa pulang ke kampung pada Raya Haji tempoh hari, semuanya memberi komen yang mereka tak merasa beban pun dengan kamera AES kerana sebab-sebab yang saya beritahu awal-awal tadi. Ada yang berseloroh berkata "Raya ni kerajaan rugi banyak sebab kereta semua jalan slow-slow, kamera tak boleh tangkap". 

Ramai rakyatMalaysia tak nampak pun kesalahan dan kemudaratan dari pemasangan AES ini. Banyak nyawa yang dapat diselamatkan dari pemasangan kamera AES ini. Kalau nak jadi pembangkang pun, jadilah pembangkang yang bijak dan bertanggungjawab. Tak perlu nak  mempolitikkan benda yang remeh-temeh. Jika asyik nak politikkan benda yang remeh-temeh ini, sampai kiamat la korang akan jadi pembangkang.

-tokei kedai



Lagu ini untuk khas untuk pengikut pengikut pembangkang yang suka jadi pak turut. By the way, lama tak dengar lagu ni kan? layan..: 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...