BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Saturday, November 10, 2012

NURUL IZZAH, Jangan Salahkan Kerajaan Pula Jika Ramai Melayu Murtad Di Malaysia


Selepas kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah, umat Islam semakin lemah dan ditindas di seluruh dunia. Bermacam-macam cara samada secara terang-terangan mahupun secara halus telah dibuat untuk melemahkan Akidah umat Islam.

Adalah lebih parah lagi apabila ada yang beragama Islam sendiri yang bersubahat/bersahabat dengan golongan yang dikatakan liberal ini.



Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani mendakwa lebih 230,000 orang Islam di Malaysia telah murtad.

Kes murtad walaupun hanya seorang, ia adalah serius. Cubaan memurtadkan orang Islam semakin bertambah dan dibimbangi akan terus meningkat jika tiada usaha segera untuk menyekatnya. 

Dalam kes gereja di Damansara sebelum ini, jelas membuktikan ada gerakan memurtadkan umat Islam. Ini ancaman baru yang cuba dilakukan secara tersembunyi, tetapi semakin berani dan aggresif.

Baru-baru ini di dalam satu forum yang dianjurkan oleh OHMSI (Oriental Heart and Mind Study Institute) di Selangor baru -baru ini telah menejutkan rakyat Malaysia kerana kenyataan daripada Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah yang dipetik berkata" How can anyone say freedom of relegion only apply to the non-muslim, it has to be applied equally" 

Ini jelas bermaksud kebebasan untuk memilih agama adalah perlu dilaksanakan bukan sahaja kepada bukan islam, bahkan kepada orang islam.

Kita lupakan dulu tentang isu Nurul Izzah. Dia nak mengaku atau pun tidak pasal kenyataan yang dikeluarkan oleh mulutnya sendiri itu dia punya pasal sebab ada lagi perkara yang lebih penting dari itu. Sekarang saya ingin semua orang mengenali penganjur bagi Forum ini. 



Penganjuran forum ini dibuat secara usahasama oleh dua pertubuhan yang dinamakan OHMSI dan Islamic Renaissance Front. Sekarang saya hanya ingin dedahkan sedikit mengenai OHMSI ini. Pertubuhan Islamic Renaissance Front akan saya dedahkan di kemudian hari. Mari kita bongkar.


----------------------------------------------------------------------------------
OHMSI (Oriental Heart and Mind Study Institute)

Our Goals:
Our goal is to create frameworks for dialogue and engagement where followers of Jesus Christ and members of society become relevant and significant in the public space of national life.

Introduction to the Forum ISLAMIC STATE: Which Version, Whose Responsibility?(taken from OHMSI website):

Of late, the UMNO Government and their spokespersons, Tun Dr Mahathir especially, have repeatedly tried to sneak into public dialogue the issue of an Islamic State, but by framing it only as an opposition-related unity problem and issue. By sneaking this issue vide the backdoor they are operating in true blue UMNO culture and style.
The truth is that, it is UMNO that has over the years slowly but surely abused democratic due process, and allowed the ‘conservative interpretation of Islamic values’ to creep into the administrative governance of this nation. In fact, it was during the term of YB Anwar Ibrahim that this agenda became an UMNO Agenda, which was never publicly declared to the BN partners but was instead deceptively brought into national focus.
This, back-door Islamization, was also the obvious reason Lina Joy lost her appeal in the Federal Court, especially through the particular form and interpretation of ‘administrative law’ ignoring other provisions of the Federal Constitution. The other obvious case and issue is why the ‘Allah issue’ is still an unresolved matter with the Federal Government of Malaysia? Even Pakatan Leadership is on record to say that Allah is a pre-Arabic and Islamic name of GOD before the time of the Arabs and Muslims.
Therefore, it is time for OHMSI and citizens of Malaysia must begin to reframe the above dialogue to offer a comprehensive but new and wholesome dialogue. All this relates to how we, as Malaysians, respect and honour and interpret our Federal Constitution and all rights guaranteed by Federal Constitution and the UN Human Rights Commission.
---------------------------------------------------------------------------------------------

MENGAPA MEREKA SERING MENGAJAK ORANG ISLAM BERDIALOG TENTANG AGAMA? 

KENAPA KEBANYAKKAN GOLONGAN-GOLONGAN DARI PERTUBUHAN NGO YANG MENGAMALKAN LIBERALISM DAN PLURALISM INI KELIHATAN AMAT MENYOKONG PARTI PEMBANGKANG ? 

INI  ADALAH AMAT MEMUSYKILKAN MAJORITI  UMAT ISLAM DI MALAYSIA.


Dan menjadi persoalannya, mengapa ada pula di antara Pemimpin Pembangkang yang beragama Islam bersekongkol dengan mereka? Adakah kerana inginkan sokongan dari golongan ini? Tidak cukupkah sokongan daripada penyokong mereka selama ini? Atau terdesak?

Kepada semua umat Islam, semat kata-kata ini di dalam hati:

"Berhati-hatilah kalian semua dengan hasutan dan godaan syaitan, kerana syaitan telah bersumpah di hadapan Allah SWT bahawa mereka akan berusaha menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat"



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...