BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Tuesday, November 27, 2012

Protes Anti LYNAS Adalah Bukti Masih Ada Golongan Yang Mudah Dikhayalkan Dan Tidak Merdeka.





1. Sebagai ummah; atau masyarakat, bangsa ataupun negara,  kalau kita tidak merdeka, kita akan ditindas dan dibuli. Kenapa? Sebab kita terus bergantung dengan orang lain dan juga dengan teknologi orang lain. Buktinya? Smartphone siapa punya, tv siapa, aircond siapa, internet siapa punya yang korang berabis duit gaji setiap bulan atau  ptptn utk beli? 



2. Ini la org cakap neo-capitalism, post colonization yg dirangkum bawah nama globalisasi yang istilah-istilah ni korang tak pernah tau pun sebab korang membaca pun malas, poyo je lebih. Kritik sana kritik sini.

3. If and only if, kita produce our own technology, baru kita bole dinamakan betul-betul merdeka dan bermaruah. Tapi susah sangat ke nak produce teknologi sendiri? Tak! langsung tak! Kalau semua orang islam belajar betul2, dapat kan knowledge yang sebenar.

4. Kita tentu boleh sebab tiada  geological material yang tidak boleh didapati di Negara kita (semua benda datang dari tanah ok, besi, nano fiber, even uranium).  Apa yang kita perlu cuma ilmu untuk 'sambung2 benda-benda ni jadi 'smartphone' dan pelbagai benda lain.  Itu saja.

5. Bila dah tak perlu nak beli barang orang, bila dah tak perlu nk merayu diskaun dgn orang lain, baru la kita merdeka dan bermaruah sebagai umat Islam.



6. Ini tidak, projek LYNAS di Gebeng di politikkan. Sedangkan semua pakar-pakar kimia mahupun pakar nuclear mengesahkan bahawa projek LYNAS ini selamat. Bukan itu sahaja, malah Dr Che Rosli Che Mat, yang merupakan MP PAS Hulu Langat memegang PhD dalam bidang sains nuklear. Beliau mendedahkan dalam satu wawancara yang lalu bahawa dia dipaksa untuk menutup mulut oleh kepimpinan partinya sendiri selepas dia bercakap mengenai isu LYNAS,



7. Che Rosli berkata operasi Lynas melibatkan bahan yang kurang radioaktif daripada apa yang dihasilkan oleh pengekstrakan bijih besi tradisional dan oleh itu, ia benar-benar selamat. Bahan buangan yang dihasilkan adalah radiasi tahap yang rendah bahawa ia boleh sisi undang-undang dibawa kembali ke Australia tanpa keperluan untuk perlindungan.

8. Malah kedua-dua organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia memberikan “lessen” kepada LYNAS  selepas ulasan panjang dari segi saintifik.

9. Tapi, ramai golongan-golongan ini tidak mahu mendengar dan tidak mahu belajar dari apa yang LYNAS boleh buat untuk memajukan Negara. Baru-baru ini ramai yang berdemontrasi di tengah kota KL. Saya pelik kenapa mereka masih anti walaupun LYNAS mendapat pengiktirafan. Itulah kuatnya pengaruh POLITIK. Pengaruh dari politik yang keterlaluan boleh membuatkan soeorang yang pandai menjadi bodoh sebodoh-bodohnya dan boleh mengubah seorang yang baik menjadi hina-sehina hinanya. Kasihan melihat mereka. Inilah jadinya jika kita malas berfikir dan belajar dari orang yang ahli dalam bidang tersebut.




10. Persoalannya, boleh tak kita belajar? Kalau tak boleh kenapa? Terencat akal sangat ke kita? Kalau betul macam tu buat malu Islam saja lah.

11. Lagi satu tolong la jangan mistikal sangat. Jangan la asyik kata kita ditindas dn dibuli sebab ini adalah bala Allah atas kita dan semua ini boleh disettlekn dgn sembahyang, berdoa dan tutup aurat saja, dengar cakap ustaz dan pergi ceramah agama dah cukup. Tak sedar-sedar  lagi ke kita dgn firman Allah dalam
  • Allah akan ubah nasib kalau kita usaha
  • Tak sama kedudukan antara orang yang berilmu dan tak berilmu.
  • Dan juga hadis Nabi dalam “iman”, “islam” dan “ihsan”,. Ketiga-tiga ini adalah ikutan yang wajib ada pada seorang muslim. Masalahnya, majoriti kita ada islam dan iman saja, tetapi ihsan tiada.




12. Belajar dan kerja lah rajin2-rajin. Tak payah nak sibuk-sibuk  tukar kerajaan ke, berdemo ke, nak berperang ke, nak doakan kemusnahan sesama Islam dan sebagainya. Kalau tak nak juga belajar dan maju, duduk diam2, jangan jadi hipokrit dan munafik, dan jangan sampai orang labelkan kita sebagai golongan yang bodoh.

TQ for reading.

p/s: Apa yang pembangkang cakap, korang jangan lah percaya bulat-bulat. Selidik dulu betul-betul. Itulah ciri-ciri insan yang berjaya.

2 comments:

  1. maaf ye kalau aku nak komen sikit..kamu faham ke apa itu neo-capitalism.untuk pengetahuan kamu disiplin politik banyak kelasnya.ada idealism ada realism,ada capitalism,ada maxism. dan kemudian munculah istilah-istilah neo- ini saudara..kemudia sekarang istilah baru dalam politik adalah globalism. so, xperlu la saudara menjelikkan pemikiran pembaca2 bahawa saudara saja yang faham pasal politik. kenapa adanya anti-lynas.sebab orang2 ini berpolitikan idealism. so, saudara xperlula petikaikan kenapa mereka menolak Lynas.bukan kerana mereka tidak mahu kemajuan,tidak mahu teknologi bukan kerana mereka menolak ilmu tetapi mereka memikirkan masa depan generasi akan datang.sekarang bukan masalah kita menolak untuk buat smartphone sendiri tetapi kita menolak kemungkinan bencana yang kita akan hadapi 4,5 tahun akan datang.Lagipun saudara kata nak lihat negara kita produce sendiri smartphone ini,maaf saudara salah sama sekali, Projek lynas ini projek syarikat dari luar bukan yang local punya, so, tak perlu la sembang pasal orang kita tolak ilmu. Lagi satu sahabat, ingat sahabat cakap kalu kita boleh produce semua componen ini kita tak perlu minta diskaun dekat negara lain dah. maaf sekali lagi saudara, saya bagi 1 contoh terbaik untuk saudara, kenapa kita produce kereta kita sendiri iaitu "proton". saya tanya saudara la kenapa proton di negara kita lebih mahal berbanding di negara luar??..fikir2 kan lah saudara..maaf kalau komen saya mengingung saudara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi komen di blog saya. Apa yang saya tulis mengenai smartphone adalah satu contoh sahaja. Tujuan saya menulis adalah untuk memperingatkan kepada semua orang untuk mementingkan ilmu dari membuang masa dengan benda yang akhirnya akan menguntungkan orang-orang yang berkepentingan.

      Projek LYNAS memang Australia yang punya. Orang Melayu macam kita memang tiada pengalaman dalam bidang ini. Sebab itulah pentingnya perpindahan teknologi seperti ini. Seperti juga dalam bidang ketenteraan. Orang melayu tiada pengalaman buat dan kemudi kapal selam. Sebab itu kerajaan sanggup berbelanja besar. bukan saja untuk kekuatan pertahanan negara, tapi yang penting adalah Ilmu itu. Dan ini juga adalah satu contoh saja yg saya berikan. Jangan terlalu saudara emphasiskan contoh saya ini.

      Jika saudara pernah teringat cerita kingdom of heaven bila salahudin al ayubi di tanya oleh pengikutnya kenapa dia berundur dari perang utk membunuh Reynald of Chatillion. Dia cberkata, selagi tuhan tidak menyokong askar Salibi jadi kenapa salahudin berundur? Salahudin jawab memang tuhan akan tentukan kemenangan org islam namun selain itu kemenangan juga ditentukan oleh kekuatan tentera, ketiadaan penyakit dan availability of water. barulah kemenangan terjamin. Maknanya di sini kalau orang islam nak maju mereka KENA ada usaha dan ilmu untuk menangani cabaran. barulah umat islam tidak akan ditindas. wallahualam

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...