BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Tuesday, December 4, 2012

DEEPAK KANTOI: Satu Lagi Konspirasi Jahat Pakatan Rakyat Menfitnah Keluarga Perdana Menteri



Sekali lagi Pakatan Rakyat nampaknya kantoi teruk dengan bloggers-bloggers BN. Pakatan Rakyat kali ini dengan begitu terdesaknya telah mereka satu lagi fitnah dengan menggunakan seorang penjual karpet iaitu Deepak Jaikishan sebagai kambing hitam. Tetapi Deepak Jaikishan lebih hina dari kambing hitam kerana sudah kantoi dengan orang sendiri. 

Penyokong-penyokong tegar dan pemimpin Pakatan Rakyat dengan yakinnya  menyuruh Perdana Menteri menjawab isu Deepak ini. Mereka kelihatan terdesak untuk mengganggu Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Tetapi ternyata Perdana Menteri kita sebenarnya tidak terkesan pun dengan mereka apatah lagi untuk melayan kerenah mereka yang kebudak-budakan  dan kadang-kadang seperti orang gila. 

KRONOLOGI FITNAH:

Jika kita lihat kronologi mereka mereka cipta fitnah,nampak begitu tersusun dan meyakinkan sekali. Ini jelas kerana kesemua pengikut-pengikut tegar Pakatan Rakyat mempercayai fitnah tersebut. 

Sebenarnya Deepak telah diberikan skrip untuk menfitnah keluarga Perdana Menteri.

Mari kita lihat skrip yang telah dibuat untuk Deepak dan wartawan Harakah Daily menjadi pelakon wartawan yang terbaik tapi kantoi.

Di bawah adalah pendedahan Deepak Jaikishan melalui temubual bersama wartawan Harakah Daily:

Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?
Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?
Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?
Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?
Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?
Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?
Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?
Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?
Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita.  Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...
Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?
Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?
Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?
Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?
Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.

Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?
Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.

Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?
Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori. 

Jadi apa tindakan saudara?
Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.

Apa tindakan selepas itu?
Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.

Kalau kita lihat temubual tersebut nampak begitu hebat sekali lakonan Deepak. Ada juga soalan dari wartawan Harakh tersebut yang menyoal adakah hubungan Deepak dengan Datn Seri Rosmah hanya sebagai kakak dan adik sahaja. Ini juga bertujuan untuk menfitnah Datin Seri Rosmah mempunyai hubungan sulit dengan Deepak agaknya. Hati-hati Datin Seri.

Selepas itu Deepak ditemubual portal agen Yahudi iaitu Malaysia Kini:




Memang kotor dan hina sekali Pakatan Rakyat ni.

Selapas itu pula, Anwar Ibrahim kata dia tak kenal langsung siapa Deepak. Seperti juga sebelum ni kes Video Zina dengan Chinadoll yang didedahkan Dato Eskay, Anwar Ibrahim juga membuat kenyataan media yang dia tidak kenal Dato Eskay. Tapi akhirnya terbongkar gambar Anwar bersama Dato Eskay dan juga bukti-bukti yang lain. Tetapi masih ramai lagi yang mempercayai Anwar Ibrahim. Ilmu apa yang dia pakai pun saya tak tahu.

Video di bawah menunjukkan Anwar berkata dia tidak terlibat dalam isu Deepak ini:



Akhir sekali, kebenaran terdedah juga. Ternyata Anwar Ibrahim sebenarnya adalah mastermind di dalam merekacipta fitnah ini. Dendam kesumat terhadap keluarga Perdana Menteri masih meluap di dalam hati Anwar Ibrahim. 

Akhirnya, hari ini satu rakaman sulit yang telah direkod tanpa kesedaran Deepak telah ditayangkan di blog-blog pro-BN dimana menunjukkan Deepak sebenarnya telah dihubungi oleh Nurul Izzah untuk bertemu, tapi tidak jadi atas sebab tertentu. Akhirnya Deepak bersetuju untuk bertemu Anwar Ibrahim setelah berkali-kali dirayu dan kebetulan Deepak terhimpit dengan hutang sebanyak RM170juta dengan KFH (Kuwait Finance House). Mungkin Anwar Ibrahim berjanji untuk membantu Deepak menyelesaikan masalah kewangannya.




Di dalam video rakaman sulit itu juga Deepak mengatakan yang anwar berkata " If I Help U, U Help Me".

Kalau anda nak tahu cerita sebenar dan mengapa Deepak sanggup jadi KAMBING, boleh lihat di blog PAPAGOMO

Deepak mesti tak senang duduk dah lepas ni. Dia terlalu mempercayai Anwar Ibrahim yang berjanji akan menolongnya. Tapi Deepak salah pilih kawan. Sebenarnya Anwar Ibrahim tidak pernah menunaikan janji-janjinya. Selepas ini jika apa-apa yang berlaku kepada Deepak, sudah tentu Anwar Ibrahim tidak menghiraukannya. Itulah nasib bila menjadi KAMBING HITAM yang hina.



SHAME ON YOU DEEPAK.

1MALAYSIA TOLAK FITNAH...!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...