BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Friday, September 7, 2012

Izara Aishah jadi Duta Secret Garden


Secret Garden menyasarkan jualan RM5Juta bagi separuh masa kedua tahun ini. Dengan ini mereka melantik pelakon cantik kecil molek dan ayu iaitu Izara Aishah sebagai Duta dan Model untuk mempopularkan produk mereka.

Bagi Tokei kedai, ini adalah satu langkah yang bijak dari Secret Garden kerana Izara Aishah adalah artis yang begitu popular sekarang disamping mempunyai wajah yang menawan dan kulit yang cantik.




Tahniah Izara Aishah. Semoga terus berjaya!




Thursday, September 6, 2012

Takziah Buat Dr Sheikh Muszaphar Shukor


Hari ini adalah hari yang menyedihkan buat Angkasawan Negara kita dan seluruh keluarganya kerana kehilangan Bapa yang disayangi yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi jam 9.30pagi tadi di HUKM.

Sheikh Mustapha Sheikh Shukor ialah bapa kepada Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan Malaysia yang pertama, serta juga kepada empat anak lelaki yang lain, iaitu:

Sheikh Ahmad Shukor;
Sheikh Taufik Shukor;
Sheikh Mustapha Shukur
Sheikh Arwiz Shukor






Sheikh Mustapha jelas seorang ayah yang amat sangat sayang anak-anaknya serta juga suami yang serupa sayang isterinya. Dengan pendek kata, dia sungguh berjaya dalam membina sebuah keluarga yang amat sangat bahagia.

Seorang yang amat pintar, Sheikh Mustapha tahu akan pentingnya keseimbangan antara aspek mental, jasmani, dan kerohanian dalam kehidupan manusia.






  

Sheikh Mustapha juga mempunyai harapan yang tinggi terhadap masa depan anak-anaknya. Dia memiliki visi untuk setiap anaknya serta falsafah untuk membimbing kehidupan mereka. Untuk mencapai itu, Sheikh Mustapha melekatkan poster ilham pada dinding bilik tidur anak-anaknya. Poster itu termasuk petikan seperti "Kalau kamu fikirkan kamu boleh, kamu pasti boleh", dan petikan Napoleon Hill yang terkenal, "Apa yang akal boleh memikirkan dan mempercayai, ia boleh dicapai ".

Inilah Sheikh Mustapha Sheikh Shukor, seorang ayah yang unggul.




Kepada semua rakyat Malaysia, Marilah kita sama sama sedekahkan al fatihah kepada allahyarham semoga rohnya diletakkan dikalangan orang orang yang beriman. 
AMIN..



Apa Perlu Buat Jika Duit Tersekat Di Cash Deposit Machine?



Apa kita nak buat kalau duit kita tersekat masa tengah bank in duit pakai Cash Deposit Machine?
Kalau kita bank in duit dekat dalam bank mungkin takde masalah,
sebab mungkin kita boleh mintak tolong orang bank, ataupun kalau waktu malam, boleh minta tolong pak guard kalau ada. Ataupun, mungkin kat mesin di bank ada nota utk bagitahu apa yang patut kita buat dan siapa yg perlu kita hubungi kalau ada masalah macam tu.







Bayangkan kalau benda ni jadi masa kita bank in duit kat Cash Deposit Machine di Stesen-Stesen minyak? Tak ke haru biru dibuatnya kan? Selalunya memang takde orang bank yang jaga kat situ dan apa nota pun takde kalau ada berlaku kesilapan teknikal. Benda ni penah jadi kat depan-depan mata aku. Masa tu ada sorang Pakcik ni duit dia melekat. Terkial-kial dia dok tanya orang kaunter Stesen Minyak tu. Pekerja kat situ mana la nak pi tau, bukannya dia kerja bank.




So di sini adalah step- step yang kita kena buat kalau jadi kes macam ni:


1: Simpan Resit (Kalau Ada)

2: Kalau resit tak keluar, catatkan 
           a) jam & tarikh
           b) jumlah yang di bank in
           c) mesin yang mana satu

3: Hubungi SST Centre (Self Service Terminal Centre) 24jam. Laporkan dengan segera. -selalu Number contact SST Centre ada di setiap mesin ATM.

Bank akan refund duit dengan segera selepas buat balancing dan report. Selalunya ambil masa sedikit dan harap bersabar.

Tapi ingat, jangan la pi marah pulak budak operator tu. Sebab kita nak mintak tolong dia. Bila jadi benda macam ni kena banyak bersabar. Ingat ok.


Semoga info ini dapat membantu.






IBU BAPA BUDAK TAYANG BONTOT MINTA MAAF PADA PERDANA MENTERI



Kesian kepada kedua ibu bapa budak kurang hajar yang tayang bontot dia kat gambar Perdana Menteri kita pada Malam Merdeka tempoh hari tu. Mak Bapa dia orang yang baik. Sedih tengok mak budak tu terpaksa buat kenyataan dan terpaksa tanggung malu. Cuba bayangkan kalau benda ni berlaku kepada Mak Bapak kita?


Ibu nya dipetik berkata "Ralat, sememangnya saya ralat. Kita dapat kemudahan, segala-gala kemudahan kita dapat. Bantuan belajar ape kan, Tapi setengah pihak buat PM kita yang kita sayangi macam tu"

Harap lepas ni rakyat kita tak terikut-ikut lagi dengan perangai yang tak senonoh.. Jangan lagi terikut sangat dengan perangai pengikut pembangkang yang ekstrem dan bodoh semasa di demontrasi-demontrasi mereka..


Perdana Menteri kita telah memaafkan budak ni dan dia tak kisah untuk menerima kunjungan dari kedua ibu bapa budak ni.


Kepada kedua ibu bapa Ammar, kami rakyat Malaysia turut berasa simpati dengan apa yang telah keluarga anda lalui. Jangan risau, rakyat Malaysia terkenal dengan sifat pemaaf. Harap Ammar dapat berubah.

PIALA MALAYSIA 2012 DICEMARI PEMBANGKANG!!




Pada perlawanan bolasepak Piala Malaysia pada Selasa lalu, telah berlaku benda yang pelik lagi sekali akibat dari perbuatan puak Pembangkang yang semakin sengal. Sepatutnya orang pergi tengok bole bawak bendera Negeri. Ini tidak, puak-puak taksub Pembangkang ni boleh pulak gi bawak Bendera Parti diorang... Ape punya bangang pun aku tak tau la..




Semakin pelik perangai puak Pembangkang ni..


Nak jadi pembangkang pun jangan la sampai terdesak macam ni..!!!



Pada Perlawanan tersebut. Pahang kalah kepada Selangor 4-1


Diharap Pihak Penganjur dan Pihak Berkuasa dapat mengekang perlakuan seperti ini di Perlawanan-Perlawanan bolasepak yang lain yang jelas menjatuhkan martabat Sukan Bolasepak Malaysia...!!

Datuk Nicol Ann David dapat Penganugerahan Tauliah (Kehormat) dari TUDM.



Dato Nicol Ann David Ratu Squasy Negara akan dianugerahkan Pangkat Kehormat PSSTUDM pada 19 September 2012 ini.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah memperkenankan bagi Penganugerahan Tauliah Pegawai Kehormat kepada Ratu Skuasy Negara Datuk Nicol Ann David. Majlis pemakaian pangkat (Kehormat) kepada Datuk Nicol Ann David akan diadakan pada 19 September 2012.
Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM turut menerima maklumbalas melalui mesej pesanan ringkas (SMS) secara peribadi dari Datuk Nicol Ann David yang menyatakan rasa terharu dan bangga ditauliahkan sebagai Pegawai Kehormat TUDM.
Berikut adalah mesej pesanan ringkas beliau kepada Panglima Tentera Udara:
“Dear Gen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali, firstly I would like to thank you for your birthday wishes and congratulations email sent to my father. It really is special to be receiving this from you personally. It is certainly such a privileged to be honoured an honourary position in The Air Force and I just want to sincerely thank you again for seeing that I have place within the force. I look forward to meeting you soon. Best regards, Nicol”


Beliau unggul sebagai pemain skuasy nombor 1 dunia mengikut ranking Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (WISPA) sejak Ogos 2007 hingga sekarang.



Nicol..U Deserve It...We Love You..!!!!!!

Minyak RON97 Naik 10Sen Pun Nak Bising ke?





KUALA LUMPUR 3 April - Harga minyak petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.90 mulai tengah malam ini sementara harga bagi petrol RON95 dan diesel kekal.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman kenaikan tersebut disebabkan oleh peningkatan harga pasaran dunia bagi bahan api tersebut.

- UTUSAN


Memang sudah diagak, bila harga minyak naik, walaupun 5sen, mesti puak-puak Pembangkang akan bising. Puak Tin-Tin Kosong ni mesti akan berbunyi. kong kang kong kang!!! Serba serbi tak kena..
Itulah perangai  Pembangkang. 



Pelik juga kenapa diorang nak bising-bising. aku rasa rata-rata puak-puak pembangkang ni tak isi pun minyak pakai Ron97. Diorang ni pakai FERRARI ke? LAMBOGHINI ke? kalau takat pakai kancil ke, kereta Malaysia dan Jepun tu..semua pakai Ron95.. APEHAL KORANG NAK BISING-BISING? 





Setau aku, Ustaz Azhar Idrus je yang pakai FERRARI..Ustaz relekss je...betul dok ustaz?..tak betul saye minta maaf ;)




Ini nampak jelas mereka ni dah KETANDUSAN ISU... ramai rakyat Malaysia dah meluat dengan perangai bodoh Pembangkang, mereka dah terdesak untuk mainkan pelbagai isu yang entah apa-apa untuk dipolitikkan. 

KEPADA PUAK PEMBANGKANG YANG SENGAL,
KAMI RAKYAT MALAYSIA BUKAN BODOH DAN SENGAL MACAM KORANG..!!!
NAK BERPOLITIK BIAR BERPADA-PADA..!!




Wednesday, September 5, 2012

BUDAK BERAK GAMBAR NAJIB DIBUANG KOLEJ..!!!



Cybernetic International College of Technology telah membuat keputusan yang tegas membuang pelajar yang tayang bontot kepada gambar Najib di malam Ambang Merdeka lalu dari kolej.




Ammar si budak kurang hajar adalah pelajar di Cybernetic International College of Technology dan ambil jurusan Diploma Multimedia Kreatif dalam semester 3.



oleh kerana perangai buruk hasil dari pengaruh dari Parti Pembangkang dan juga terpengaruh dengan perangai buruk Pemimpin-pemimpin Pembangkang yang sememangnya tiada akhlak terutamanya Anwar Ibrahim. Budak ini telah dengan bangga dan bersemangatnya menayangkan bontot pada gambar Dato Seri Najib pada malam ambang Kemerdekaan yang lalu. 




Akibat dari kemarahan Rakyat Malaysia, Pihak Berkuasa telah didesak untuk menangkap dan menghadapkan Budak kurang hajar ni ke muka pengadilan. Oleh desakan rakyat Malaysia, Polis telah berjaya memberkas budak ini.



Tindakan bangang budak kurang hajar ini dengan automatik telah memalukan Cybernetic International College of Technology yang sebelum ini terkenal dengan rekod bersih pelajar-pelajarnya. Dr. Nazaruddin sebentar tadi telah menyatakan dalam Bulatin Utama, keputusan untuk buang pelajar ini dari kolej adalah muktamad dan tidak ada rayuan boleh dibuat lagi. 






Tahniah kepada Pihak Cybernetic International College of Technology di atas tindakan tegas yang kena pada tempatnya untuk tidak melahirkan pelajar yang bermoral rendah. Sesungguhnya pelajar2 ini yang akan menjadi Pemimpin Negara suatu hari nanti. Kami Rakyat Malaysia tak mahu pemimpin yang rendah moralnya seperti Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya yang lain menjadi pemimpin negara pada suatu hari ini. 


TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA..!!
BERSAMA-SAMA KITA BANTERAS KELAKUAN TIDAK BERMORAL YANG MEMALUKAN NEGARA..!!!


HAK TUIHHH...!!!!

Sekitar Peristiwa Yang Memalukan Pada Hari Kemerdekaan 2012

Sambutan Kemerdekaan pada tahun 2012 ini adalah yang paling panas sekali. Dengan provokasi-provokasi dari pihak-pihak pembangkang yang sudah semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat. Kenapa aku kata terdesak?.. Ini adalah kerana mereka semakin tidak disenangi oleh rakyat Malaysia akibat dari pelbagai tindakan mereka sebelum ini yang aggresif dan tidak bersopan.

Orang Malaysia terkenal dengan hati yang lembut dan bersopan santun. Mungkin mereka lupa yang rakyat Malaysia bukan seperti bangsa-bangsa lain yang terkenal dengan budaya yang amat baik, mesra, sopan dan segala yang baik-baik belaka.

Pemimpin-pemimpin Pembangkang dilihat seperti sengaja membiarkan pengikut-pengikut mereka yang ekstrem ini untuk melakukan pelabagai kelakuan yang ganas dan kotor. Sepatutnya mereka perlu menghindari semua ini dan sepatutnya dari awal-awal lagi menegur dan memberi AMARAN YANG KERAS kepada semua pengikut mereka agar tidak melakukan perkara yang ganas dan menjelikkan.



Walaupun Pembangkan mengatakan mereka sudah kasi warning awal-awal, tapi berlaku juga perkara-perkara yang bodoh yang terjadi semasa Malam Merdeka lalu. Ini menunjukkan Pembangkang tidak dapat mengawal tingkah laku pengikut-pengikut mereka. Ternyata Pemimpin-pemimpin pembangkang gagal kerana pengikut-pengikut mereka gagal untuk menghormati teguran-teguran mereka. Bagaimana pula mereka untuk memimpin Negara jika benda yang kecil ini pun GAGAL untuk dikawal?. Pakatan Rakyat terbukti GAGAL.

Ini berbeza sekali di pihak Kerajaan Barisan Nasional. Sambutan Kemerdekaan disambut dengan meriah tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini dan juga perkara-perkara provokasi yang ganas dan sebagainya.
Sambutan Merdeka semasa di Stadium Bukit Jalil ternyata begitu meriah sekali.



Lihatlah kemeriahan dan kegembiraan rakyat di sambutan Merdeka


Melihat begitu ramainya rakyat yang datang ke Stadium untuk merayakan hari Kemerdekaan ini, ada juga mulut-mulut busuk pembangkang yang cuba fitnah yang katanya semua yang datang ke stadium semuanya di bayar. Saya diberitahu yang orang-orang yang dibayar hanya yang terlibat dalam perarakan dan persembahan. Bayangkan dengan sambutan yang besar ini, dengan menggunakan Stadium Bukit Jalil yang berkapasiti besar ini, agak-agak berapa banyak tenaga kerja yang digunakan untuk menjayakan Acara ini? Fikir sendiri la..jangan hanya suka FITNAH.



Sudah la FITNAH lepas tu Pemimpin Suci mereka pula berkelakuan biadap dan kurang hajar semasa sambutan Kemerdekaan yang dianjurkan mereka di Negeri yang dikuasai mereka iaitu tidak mengangkat tangan semasa Ikrar Rukun Negara.


Aku yakin bila di tanya wartawan mengenai hal tak angkat tangan ni, Anwar mesti akan marah kepada wartawan dan bertanyakan soalan yang taida kena mengena kepada wartawan itu balik. Anwar memang terer dalam reverse psycology ni. Kebanyakan Penipu memang suka guna kaedah Reverse Psycology.


Memang la dalam Islam tiada diajar untuk angkat tangan semasa ikrar rukun negara. Apela bodoh sangat, kau tinggal di mana skarang?. Dah tau duduk Malaysia, cuba la belajar hormat sikit. Bukannya teruk sangat pun.


KEPADA PEMBANGKANG..!! 
JANGAN KAU CEMARI KEMERDEKAAN DAN KEAMANAN MALAYSIA DENGAN PERANGAI BODOH KORANG!!!
KAMI RAKYAT MALAYSIA MELUAT DENGAN PEMBANGKANG YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN SENGAL...!!!



                                                        PEGI MAMPOS..!!!!!

Tuesday, September 4, 2012

SUAMI DAYUS BELASAH ISTERI

video yang menggemparkan.:




Mangsa adalah AMANDA FONG KIM YEN, 19 Tahun
Mengandung 2Bulan + 
Suaminya CALVEN CHIK FOO KEONG'S .

Cerita lengkap boleh tengok di sini:
http://hotlips-yuya.blogspot.com/2012/09/suami-dayus-belasah-isteri-yang-sedang.html

Kepada kaum lelaki di luar sana, jangan buat macam ni.kaum wanita adalah tanggungjawab kita untuk menjaga dan memelihara mereka. Kalau marah sekali pun, ada cara-cara lain, bukan dengan cara yang sebegini.

5 DAY MC GIRL



Rasanya semua dah penah tengok video budak ni. Nama dia  Nur Feetri . Video ni juga dah jadi fenomena sejak ia diupload ke youtube. Banayk video Parody dibuat untuk meng'hanjing'kan budak ni. Ramai yang menyampah dan ada juga sesetengah menganggap dia ni cute. 

Walau apa pun,Tokei Kedai respect kat adik  Nur Feetri ni sebab dia menghadapi segala kritikan dengan tenang. Ini adalah video terbaru dari adik  Nur Feetri . 



GEDIKS FOREVER..!!!


RAKYAT DILAMBUNG ANGAN-ANGAN DEK JANJI PEMBANGKANG

Bila dekat-dekat PRU13 ni, semakin banyak janji yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.


Antaranya nya ialah:


Baru-baru ni juga kita dengar lagi janji-janji baru...


Dan selepas ini, mungkin ada lagi janji-janji yang pelik-pelik yang diorang akan taburkan..
Kalau kita lihat, kebanyakkan Pemertaburan Janji ini mastermind nya adalah dari pemimpin -pemimpin PKR (Parti Keadilan Rakyut).

Tapi aku yakin, ramai di kalangan Pemimpim-pemimpin dari gabungan haram Pakatan Rakyat yang lain yang lebih berfikiran matang dan waras serta berpijak di bumi yang nyata seperti ADUN Teratai, Jenice Lee.


Akhir sekali, jom kita sama-sama layan lagu yang tersangat evergreen ni. Janji Manismu dari Ustazah Aishah.  Lagu ini memang amat sesuai sekali untuk dia yang telah bersama-sama terjebak ke kancah golongan yang suka taburi janji ni. ;)

Layannnn..





Monday, September 3, 2012

Senarai Orang Kuat PKR yang dah keluar PKR


Ini betul-betul..bukan main-main..



Sekarang ni kita selalu dengar yang Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) semakin goyah. Dan mungkin kebanyakkan orang ingat ini hanyalah khabar-khabar angin dan tipu. Ramai yang ingat ini hanya mainan politik UMNO ataupun Barisan Nasional untuk menjatuhkan semangat pengikut-pengikut mereka. Oleh itu, bawah adalah fakta senarai2 Pemimpin2 Atasan (bukan ahli biasa ye) yang sudah keluar kerana mendapati perjuangan PKR ini tidak releven. Jika para2 cerdik pandai di bawah ini sudah keluar, adakah anda sebagai rakyat merasa anda lebih pandai dan bijak dari mereka dan masih menyokong PKR dan Pakatan Rakyat ?


1 - Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
2 - Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
3 - Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
5 - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
6 - Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
7 - Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
8 - Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
9 - Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
10 - Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
11 - Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
12 - Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
13 - Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
14 - Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
15 - Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
16 - Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
17 - Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
18 - Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
19 - Datuk Zaid Ibrahim
20 - Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
21 - Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
22 - Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
23 - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
24 - Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
25 - Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
26 - Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah

Kerusi Parlimen

1 - Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
2 - Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
3 - Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
4 - Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
5 - Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

1 - Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
2 - Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
3 - Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
4 - Adun Lunas - Md Radzi Salleh
5 - Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
6 - Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
7 - Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

RAMAI GILERR KANNN..!!!!!!!

Ini setakat yang aku tahu. Kalau ada lagi sila share dengan Tokei Kedai ye. Mungkin lebih daripada ini dan ada yang aku tak ingat. Ahli pula, ada beribu lagi ahli biasa yang telah keluar dari PKR malah ada yang keluar parti secara besar-besaran sehingga terdapat cabang yang gulung tikar dan lumpuh.

Fikir-fikir lah... Kenapa mereka meninggalkan parti yang mana Ketua Umum adalah ANUGERAH TUHAN?

jom tolak parti PAKATAN KENCING RAKYAT ni !!!

-Tokei Kedai

Hikmah disebalik British di Tanah Melayu.



Dahulu kala negeri Perlis, Kedah dan Kelantan adalah bawah kerajaan Siam. Untuk kuasai Semenanjung Tanah Melayu, Siam menyerang Melaka tetapi gagal kerana Melaka ada hubungan yang kuat dengan Kerajaan China disamping ada ramai pahlawan2 dan laksamana yang kuat.

Bila Kerajaan China lemah, Portugis telah berjaya menawan Melaka. Sultan Melaka lari ke Joho
r dan wujud Kerajaan Johor. Johor telah menjalin hubungan dengan Belanda lalu merampas semula Melaka dari Portugis. Kemasukan Belanda secara automatik bermaksud kemasukan pengaruh British ke Tanah Melayu. Semasa dalam jajahan British, mereka telah menawan Perlis, Kedah dan Kelantan dalam jajahan Tanah Melayu.

Ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu, Perlis, Kedah dan Kelantan telah diserah semula kepada Siam. Tetapi selepas Hiroshina dan Nagasaki di bom, Jepun menyerah kalah dan 3 negeri ini jatuh semula ke Tanah Melayu.

Dan lama selepas itu, Tanah Melayu telah dijajah sendiri oleh orang Melayu sendiri dengan tercapainya Kemerdekaan dengan hanya di meja rundingan tanpa perlu berperang dan menumpahkan darah.

Dan yang paling best, walaupun sudah banyak anasir luar yang menjajah Tanah Melayu, negara kita masih berpegang kepada Ajaran Islam. Itulah buktinya Islam begitu kuat di setiap jiwa pemimpin dan dan orang2 Melayu.

Kita kena percaya kepada qada dan qadar dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tq Britain. Aku orang Perlis dan aku bersyukur tak jadi orang Siam..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke55..!!!! Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!!




BAYANGAN NEGARA BARU BERACUAN ISLAM

Kepada yg Non-Muslim, jangan takut dengan perkataan Negara Islam mahupun Yusuf Islam. 

Ini kerana Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas Islam adalah mudah iaitu “Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah”. Dalam ert
i kata lain, “Islam ialah sebuah gaya dan cara hidup yang bersih, mudah, suci dan selamat bagi setiap orang manusia”.

Tapi..!!!! apabila datangnya persoalan alternative kepada Kerajaan yang ada sekarang demi ke arah Negara Beracuankan Islam, adakah kita ada pilihan yang lebih baik? Frankly spoken, memang aku banyak juga tak bersetuju dengan Kerajaan ,tapi bak kata orang putih,” if we can‘t beat the enemy, be with the enemy. “

Masalahnya sekarang, seluruh generasi kita telah dipalit oleh lumpur-lumpur rasuah, termasuk di kedua-dua belah pihak (BN & PR). Yang belah BN kuasa dia ‘besar’, makan pun besarlah. Yang sebelah PR kuasa dia ‘kecik’, so makan pun kecik la. Dua kali lima, lima kali dua. Sama saja. So, adakah relevan or praktikal mencipta Kerajaan baru ataupun memperelok Kerajaan yang sedia ada?

Jika kita stay dengan Kerajaan yg ada sekarang, KELEBIHANNYA adalah kita TAK PERLU AMBIL MASA LAMA utk membangunkan Ummah mengikut Acuan Islam yang kita selalu persoalkan sekarang.

Tapi apa yg akan berlaku jika kita pilih Pakatan Rakyat?

Jawapan aku.. NEGARA ISLAM? NO HOPE..!!. Sebab jika mereka menang PRU13, pakatan PKR,DAP,PAS akan hancur. Maksud aku, brotherhood mereka sekarang akan hancur.

Of course semua benda kita tak boleh tentukan, Allah yang tentukan, dan concept 'belum cuba belum tahu' sebenarnya kita tak boleh guna dalam memilih kerajaan. Kita kena apply 'intelligent guess' dan 'calculated risk'.

Kenapa aku kata hancur?
Sejak PR Gagal untuk membuat keputusan utk menyediakan “Shadow Cabinet” mereka. Ini jelas bermaksud mereka not well established, dan sengaja melengah-lengahkan keretakkan dan kehancuran brotherhood mereka ni sehinggalah selepas PRU13 (jika PR menang). Buktinya, jawatan TPM adalah begitu taboo sekali kepada PR, jika Kit Siang diberi jawatan TPM, Hadi tak akan setuju. Vice versa. Dan jika aku orang PAS pun akan tentang jika TPM bukan dari PAS.

Solid tak solidnya PR, table out dulu shadow cabinet, kalau itu pun diorang tak mampu nak buat, lu fikir lah sendiri...

Tapi aku pelik jugak, kenapa orang Malaysia tak kesah sangat tentang "shadow cabinet" ni ek? Kalau keadaan politik negara kita macam Labour Party dan Conservative Party di UK tak pe jugak. Mana-mana pun kita boleh confident. They have very good shadow cabinet before Election.


Bukan apa, aku cuma nak tengok siapa yg pegang jawatan apa dan adakah orang itu diletakkan di tempat yang sebetulnya. Dan selepas itu, baru kita boleh nampak Shadow of Acuan Islam di situ. Jika bayangan Acuan Islam tu nampak lebih bagus dari apa yang kita ada sekarang, sudah tentu aku akan undi PR.




But, please show me your shadow cabinet first. Apa kata anda pula?

LAGU PUN TAK BEST, SUARA PULA SUMBANG.

Tajuk lagu, UBAH? nak ubah apa pun aku tak tau depa ni? Nak Ubah Kerajaan Islam yang Menepati Janji? Ini tindakan bodoh namanya. Lirik lagu ini ditulis oleh Ketua Pemuda "Sosialis" DAP ..Diula
ng.."SOSIALIS"..diulang lagi.."SOSIALIS".. Uncle A. Samad Said mana? Bob Lokman mana? nanti merajuk Pak Samad tak kasi job utk dia buat lirik.

Tak pernah lagi dalam sejarah Malaysia, lagu Patriotik dinyanyikan dengan suara yang begitu BURUK untuk tayangan umum seperti ini. Ni kalau masuk Malaysian Idol, teruk semua kena maki hamun dengan judge ni.. Tapi kalau lepas masuk final pun mungkin sebab ramai mangkuk-mangkuk ayun yang undi diorang.. betul tak?

Kepada penyanyi2 dalam video ni aku rasa diorang ni malas masuk kelas vocal kot. Dah la tak reti tunai janji, suara pula sumbang. Perosak lagu plus perosak Rakyat. Baik invite William Hung datang nyanyi. tak gitu? 






FELDA vs PAS



Tahniah kepada semua warga FELDA kerana setelah sekian lama bersusah-payah dan bersabar akhirnya sekarang sudah dapat share dalam Felda Global Venture. Dah la dapat share, dapat durian runtuh lagi..untungnya warga FELDA. Kejayaan mereka bukan saja di peringkat Asia, ia di peringkat DUNIA. Sebelum FGVH masuk ke Bursa Saham, harga seunit adalah rm4.45. Sekarang bila dah masuk ke Papan Pertama Bursa, harga terus melonjak ke rm5.40 seunit. Lepas ni orang2 FELDA mesti hari-hari selak surat khabar tengok harga saham diorang. Dengan sokongan dari Kerajaan. warga-warga FELDA, dan pelabur-pelabur, nilai saham FGV dijangka akan terus melonjak.


Kalau nak sembang bab saham, dengarlah dari orang yang arif dalam saham iaitu remiser sendiri. Ini tidak, dok dengar dari ustaz-ustaz meggi segera dan ustaz-ustaz yang bodoh sombong memang lingkup la. Ulasan tentang kebaikan penyenaraian saham FGVH boleh dilihat di sini:

http://www.faizalyusup.net/2012/03/penyenaraian-yang-menguntungkan-huda.html

Memang patut la pun ada yang dengki dan 'tidak senang' dengan kejayaan warga FELDA sekarang. Ada saja yang serba serbi tak kena dengan segala kejayaan yang dicetuskan oleh FELDA sehingga ada yang nak buat Perhimpunan yang dianjur oleh 'Parti PAS' membantah penyenaraian FELDA di Bursa pada 14 Julai lalu di Masjid Wilayah. Untuk apa? Gila? Uncle Samad? terlebih peka kah? Haji Hadi? nanti aku kata korang semua ni bodoh marah pulak.




Jangan sampai orang2 FELDA mengamuk sebab saham diorang jatuh disebabkan kerja orang-orang pembangkang ni. Di sini memang nampak sangat betapa busuknya hati Pemimpin-pemimpin PAS yang sengaja untuk mengelirukan pengikut diorang walaupun sebenarnya diorang tahu hanya organisasi yang kukuh sahaja yg layak disenarai di Papan Utama.

Kepada yang bukan ahli keluarga warga FELDA, patutnnya kita sama-sama tumpang gembira, jangan dengki terhadap mereka kerana mereka berhak mendapat semua ini. Aku pun bukan orang FELDA. Dengan kejayaan FELDA ini diharapkan dapat membuka mata kepada semua orang Melayu untuk mencari idea dan menguatkan usaha untuk berjaya dan menyuntik semangat yg positif untuk maju tanpa menoleh ke belakang.



Jangan Complain Boyfren anda tak Hensem

Saya memang nak awak cantik, bergaya. Saya bangga. 
Bila dah cantik, orang laki lain pun suka usha, ada yang nak try tackle. Saya jealous.

Awak nak tengok saya segak, kemas dan hensem. Awak bangga.
Bila dah hensem, orang perempuan lain dok senyun dan main-main mata kat saya. Awak jealous.

Bagaimana eratpun hubungan anda berdua, terima hakikat bahawa masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/hensem, bijak dan baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan anda. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.



Orang suka Complain takkan Maju

Pernahkah anda berdepan dengan orang yang suka komplen (complaint) atau mengkritik membuta tuli. Ada sahaja salah dan kelemahan orang yang dilihatnya. Lebih buruk lagi, dia menjaja 'keburukan' tersebut merata-rata dengan harapan ada orang lain akan terpengaruh akan cerita yang dibawanya.  


Golongan yang suka komplen ada dua kumpulan. 

1) Pertama, mereka ikhlas memberi teguran dan aduan. Cara mereka juga nampak jujur. Misalnya, seorang guru menasihati pelajar agar membaca buku sewaktu ketiadaan guru yang sepatutnya mengajar. 

2) Kumpulan kedua, menurut beliau adalah orang yang suka mengkritik kerana hobi dan supaya diterima oleh orang lain. Mereka merasakan apabila mereka sentiasa membuat komplen, merekalah orang yang cemerlang. 

Berdasarkan pembahagian ini, kumpulan kedua tidak perlu dilayan. Bagaimanapun, kumpulan pertama, memberi sumbangan kepada sesebuah organisasi. Mereka sebenarnya adalah golongan yang prihatin; jika mereka pekerja, mereka merupakan orang yang responsif dengan persekitaran. Apabila mereka mengkritik, sewajarnya mereka diajak bersama bagi mengatasi masalah yang timbul, agar penyelesaiannya dapat dibuat secara konsensus.


Oleh itu, kita jangan jadi bangsa yang suka complain complain complain, kritik kritik kritik. Sikit2 nak complain. Asal ada benda baik orang nak buat pun nak kritik. Semua serba tak kena. Orang macam ni memang takkan berjaya dlm apa yg dia mimpikan. Percayalah cakap aku.


Hati-hati Order Teh O Ais Limau di Restoran Mamak.





Kita semua tahu yang kebanyakkan Restoran Mamak mesti berstatus 'A' untuk kebersihan. Tetapi walaupun begitu, benda yang paling aku 'alert' kitika makan di mamak adalah kebersihan kuku pekerja di situ. 

Rata-rata aku tengok kuku mereka dalam keadaan kotor dan berair ketika serve air or makanan.. Selalunya kuku mereka retak dan pecah-pecah.




Kalau kita order makanan goreng or air Milo,kopi, nescafe, teh tarik or lain2 mungkin tiada masalah. Tapi bayangkan jika kita order Teh O Ais Limau ataupun Limau Ais yang memerlukan mereka memerah limau itu masuk ke dalam air anda dengan menggunakan jari mereka tadi. Memang geli geleman juga bila diingat semula.

Bukan apa, ini adalah untuk langkah berjaga-jaga. Harap tokei-tokei restoran lebih peka terhadap kebersihan pekerja-pekerja mereka selepas ini. Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...