BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Thursday, September 13, 2012

iPhone 5



lihat promo video di bawah sini:



Setelah sekian lama menunggu, akhirnya keluar jugak siri terbaru iphone iaitu iPhone 5.
setelah banyak spekulasi-spekulasi dan rumours tentang design dan spesifikasinya, semalam Apple telah dengan rasminya melancarkan produk terbarunya.

1:Diperbuat daripada Aluminium dan kaca.
2: iPhone yang paling nipis dan paling ringan (tebal 7.6mm) iaitu 18% lebih nipis dari iPhone 4.
3: berat 112g (20% lebih ringan dari iPhone4s)
4: screen lebih besar, 4 inci
5: kualiti gambar display adalah sama seperti iPhone4s (326 pixel/inch)

Apa yang menarik perhatian Tokei Kedai adalah tentang teknologi kamerenya yang boleh mengambil gambar panorama yang lebih panjang dari biasa.

iPhone 5 akan boleh dibeli oleh rakyat Malaysia pada 21 September nanti. Penghantaran akan sampai di Singapura terlebih dahulu.

Harganya pula adalah berpatutan:





















Apa tunggu lagi?..cepat la gi tempah sekarang..!!!

Wednesday, September 12, 2012

MISTERI GADIS TERAPUNG DI UDARA




Klip video ini di ambil di Russia dengan menggunakan kamera amatur.



Didapati seorang lelaki bersama anjignya yang bernama Tarzan telah terserempak dengan 2 orang wanita yang dipercayai Ibu dan Anak. Didapati Anak Perempuan itu sedang terbang di udara tanpa apa-apa sokongan seperti tali dan sebagainya. Kedua beranak ini telah terkejut dan melarikan diri bila mereka telah sedar yang mereka sedang diperhatikan.

Adakah ini bukti yang wujud manusia super seperti keturunan Superman di Dunia ini?

jika ada, harap mereka dapat gunakan "anugerah" yang diberikan di jalan yang betul..





Wallahualam.


Angelina Jolie Kembali Ke Turki Untuk Bantu Pelarian Syiria




Bintang Hollywood ini akan ke Selatan Turki iaitu di daerah Hatay untuk membantu pelarian-pelarian dari negara Syiria yang sedang dalam kesusahan. Ini adalah lawatan yang kedua beliau ke sana selepas bulan Jun 2011 yang lalu.


Lawatan Jolie pada tahun lepas


"I am very concerned, the world is very concerned," 

Jolie dipetik berkata semasa lawatan yang beroprofil tinggi bersama-sama dengan Pegawai Tertinggi UNHCR untuk Dunia sedar dan segera mengalihkan fokus terhadap kesusahan rakyat Syiria yang nyawa mereka semakin terancam dan berada di dalam keadaan yang teramat susah kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan makanan yang cukup. Sudah lebih 18 bulan mereka menjadi mangsa kekejaman Presiden Syiria Bashar Assad. 


Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Selepas Peristiwa Bukit Golan, kemarahan Rakyat Syiria semakin membuak-buak kerana Presiden Bashar dikatakan bersekongkol dengan Israel untuk menyerahkan Bukit Golan kepada Israel. 



Bashar Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah. 




"What is very heartbreaking is when Syrian people ask 
you why you think no one is able to find a 
solution for them." said Angelina Jolie.



Rakyat-rakyat Syiria menjadi pelarian kerana kekejaman Presiden Syiria iaitu Presiden Bashar Assad yang pada mulanya telah mengarahkan tentera untuk menembak orang awam semasa demontrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan Bashar Assad.  

Dilaporkan seramai lebih 23,000 orang telah terbunuh dan lebih 10,000 masih hilang sejak March 2011. 


Di Turki sahaja, mereka telah menerima sebanyak lebih 200,000 orang pelarian dari Syiria yang sudah berdaftar dengan UNHCR (U.N. High Commissioner for Refugees )









Secara purata , setiap hari Turki menerima seramai 2000 orang pelarian yang baru. Bayangkan berapa ramai lagi yang masih belum samapai dan masih belum diselamatkan?

Adakah mereka masih hidup ataupun sudah mati?













Angelina Jolie, bukan saja memiliki rapa paras yang menawan , tetapi punya hati yang begitu baik. Tak siapa yang berani dan bersungguh-sungguh seperti beliau untuk membantu rakyat dunia yang dalam kesusahan dan ditindas. Semoga ramai lagi Angelina Jolie yang akan lahir pada masa akan datang..!! 


We Love U Angelina Jolie, We Are All Angelina Jolie..!!!





mari sama-sama bantu mereka dengan salurkan bantuan ke  http://irmblog.org/donate/







Tuesday, September 11, 2012

Fenomena Aneh!! Sungai Ke-3 Terpanjang Di Dunia Bertukar Merah..!!

Sungai Yangtze di negara China adalah sungai yang terpanjang di Asia dan yang ke-3 Terpanjang Di Dunia!.
Panjang sungai ini adalah 6418KM...!!!!
Sungai ini adalah sungai yang terpenting sekali dalam sejarah, budaya dan ekonomi China.

Tetapi pada 7hb baru-baru ini, keadaan sungai ini telah berubah menjadi kemerah-merahan. Penduduk China menjadi gempar dengan keadaan ini. Mengikut pendapat awal pakar, ia adalah akibat dari banjir lumpur, tetapi siasatan masih dijalankan kenapa ia menjadi sebegitu merah.

Sehingga hari ini, masih ada penyelesaian dan keputusan kenapa berlaku FENOMENA ANEH ini..!!



INI ADALAH GAMBAR SUNGAI YANGTZE YANG SEPERTI BIASA DILIHAT: 









DAN INI PULA ADALAH GAMBAR TERBARU SUNGAI YANGTZE (diambil pada 7hb Sept 2012)












SUBHANALLAH.....




Penganut PAS Tiada Prinsip! Macam Sampah!






Tidak ramai mahu mempertahan prinsip diri. Lebih ramai yang rela mengubah diri dan prinsip. Lebih teruk daripada itu ada juga yang sanggup menjadi boneka, badut dan seumpamanya. Ada yang tahu diri sedang dipermainkan, tetapi masih malu untuk mengaku dan segera menginsafi. Ada yang tahu bahawa perlakuan seseorang itu salah, tetapi demi diterima sebagai kawan, maka sekadar menutup mata sahaja. Mempertahankan perlakuan yang salah.

Dalam perkembangan arena politik pada masa ini panas dengan isu Ustaz Nasha yang rata-rata pengikut dan juga pemimpin PAS sendiri yang tidak suka dengan beliau. Malah di dalam blog-blog dan juga di Facebook, ramai pengikut-pengikut PAS khususnya dan Pakatan Rakyat Amnya telah memaki hamun Ustaz Nasha ini. mereka terlalu inginkan Hadi Awang tendang beliau keluar dari PAS. Bagi mereka Ustaz Nasha ni bagaikan Musuh mereka.


Tetapi semalam apabila selesainya Mesyuarat Syura, dan Presiden PAS mengatakan yang mereka tak jadi buang Ustaz Nasha, lain pulak komen-komen yang keluar dari penganut-penganut PAS yang sebelum ini telah maki amun dan mencaci Ustaz Nasha yang tidak melakukan dosa apa-apa pun terhadap mereka.


Ini jelas pengiut-pengikut PAS ternyata tidak matang lagi dalam berpolitik. Fikirkan, apakah untungnya kalau kita termasuk dalam golongan yang tidak berprinsip ini?.. Kita manusia punya akal, kita sudah terlalu dewasa untuk menilainya.





GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN USTAZ NASHA DIKUTUK SELEPAS NIK AZIZ CADANG UNTUK PECAT BELIAU SEBELUM MESYUARAT AHLI SYURA:







LAIN PULA BUNYI MEREKA BILA SELEPAS HADI CAKAP TAK JADI TENDANG USTAZ NASHA MALAM TADI:







THEY ARE ALL RUBBISH!!!!!!



YANG KELAKAR TU PULA, ADE PULAK DIORANG CAKAP NI SEMUA SALAH TV3? SALAH UMNO? AT THE FIRST PLACE PUN USTAZ NASHA SENDIRI YANG BUAT STATEMENT TEGUR PAS UTK NILAI SEMULA KEDUDUKAN PAS DALAM PAKATAN (HARAM) RAKYAT. ADE KE PULAK DIORANG CAKAP NI SEMUA SALAH UMNO? TV3? GILA KE APA? HAHA


PENGIKUT-PENGIKUT PAS TERNYATA TIDAK BERPRINSIP DALAM AMALAN MEREKA KETIKA BERPOLITIK, INI JUGA DAPAT DILIHAT FANPAGE PRO PAKATAN (HARAM) RAKYAT SENDIRI IAITU PAGE "KAMI BOIKOT BULETIN UTAMA TV3" ..DIA KATA DIA BOIKOT, TAPI TIAP-TIAP HARI DIA TENGOK BULETIN UTAMA..HAHAHAHA..!! CAKAP TAK SERUPA BIKIN LA WEI..!!!! 





Perbezaan IKEA di China Dan Malaysia



Kalau kat IKEA Damansara, MALAYSIA, kita boleh tengok pengunjung-pengunjung dan pembeli-pembeli di IKEA ada yang suka test barang-barang perabot di situ, dan ada juga yang malu-malu nak cuba. Kesimpulannya, orang-orang kita lebih bersopan ketika shopping.

Ini adalah amat berbeza sekali jika kita pergi IKEA di Negara China. Bukan setakat test, diorang ni kalau boleh nak tidur skali..Kalau set dapur tu ada disediakan dapur siap dengan gas skali, silap-silap diorang boleh masak skali kat situ..


GAMBAR IKEA DI MALAYSIA:





kelihatan begitu tenang bukan?






JOM KITA TENGOK PULA GAMBAR IKEA DI NEGARA CHINA:

(gambar-gambar di bawah bukan gambar yang sengaja dibuat-buat, tetapi adalah gambar candid keadaan sebenar)













hehehe..apapun tahniah kepada Pihak IKEA Nanjing, China yang begitu sporting.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...