BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Saturday, September 22, 2012

Wingsuit Flying Sukan Paling Merbahaya Di Dunia


Wingsuit Flying 
Base Jumping

Kedua-dua ini adalah nama yang sinonim dengan sukan ini.

Wingsuit Flying ini mula dikenali dan popular selepas keluarnya filem TRANSFORMERS Dark Of The Moon. Aku masa tengok cerita tu memag mati-mati aku ingat tu hanyalah teknik 3D atau CGI. Rupa-rupanya memang betul orang yang terbang.

Contact Lense Pasar Malam Penyebab Kanser Dan Buta




Sekarang ni kalau pergi ke Pasar larut Malam seperti Uptowm Danau Kota ataupun Downtown Cheras, semakin bercambah orang jual contact lense. Ia dijual dengan harga yang amat murah sehingga ada yang jual sepasang RM15. Contact lense ini semakin terkenal sejak pengaruh muzik K-Pop mula diminati orang di Malaysia.

Friday, September 21, 2012

Darah Gitaris Terhebat Dunia Disemadikan Dalam Gitar

Sempena tahun 2000, IBANEZ (syarikat pengeluar gitar terkemuka dunia) telah mengeluarkan siri gitar yang unik iaitu Ibanez JEM2KDNA. Gitar ini bentuk seperti gitar-gitar biasa yang lain, cuma yang uniknya adalah warna permukaan gitar itu dicampur dengan DNA darah manusia.



Darah itu adalah milik Steve Vai. Bagi aku, beliau adalah antara gitarist yang paling best di dunia. Steve Vai juga ada saham dalam Ibanez dan juga antara salah seorang penasihat pereka bentuk dalam Ibanez. Beliau mengakui yang beliau terpaksa menderma banyak darah utuk model ini.

Pengalaman Fotografer Bersama YAKUZA



Anton Kusters adalah seorang fotografer dari Belgium dan yang pertama yang pernah ambil gambar-gambar ahli-ahli kumpulan YAKUZA dan aktiviti mereka. YAKUZA adalah kumpulan Penjenayah yang terancang yang sangat digeruni di Jepun. Anton Kusters telah berjaya mengeluarkan Photobook YAKUZA yang pertama di dunia.


Petua Dapat Anak



Petua 1
Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.

Tips Elak Lelaki Gatal (Siri 1)



Laki Gatal: Hi, saya belanja awak minum nak?
Perempuan Baik: Sebenarnya, saya ada duit sendiri.

Laki Gatal: Hi, saya ni photographer. Dah lama saya cari perempuan yang cantik macam awak.

Menteri KDN Lembik, Gagal Bekukan Aset SUARAM, IKD & Malaysia Kini

Tian Chua Pengkhianat Negara (Pengerusi SUARAM)


1  Satu Dunia tahu yang George Soros yang berbangsa Yahudi adalah penyangak matawang yang sentiasa mengambil kesempatan atas negara-negara yang mundur dan negara dunia ke-3. Semua ingat apa yang telah dia lakukan terhadap ekonomi Dunia semasa tahun 1997-1998. Banyak negara dah bankrupt termasuk Indonesia yang sampai sekarang masih terjejas. Malaysia dan Thailand dilihat telah berjaya melepaskan diri dari kegawatan ekonomi. 




Kolam Renang Yang Paling Menakutkan Di India

Kolam renang yang menggerunkan ini dibina di balkoni setiap unit apartment di sebuah Menara kondo mewah yang dijangka akan dibina tak lama lagi. Menara 37 tingkat ini diberi nama Bandhra Ohm Residential Tower  yang terletak di Mumbai India. Sesiapa yang tak tahan gayat, jangan la berenang kat sini kerana dinding kolam renang ini dibuat hanya daripada kaca.

Ikan Yang Mengerikan Yang Jarang Dilihat



Bagi aku, memang takdak masalah dengan ikan ni. Bagi aku ikan adalah sejenis haiwan yang cantik dan menarik.

Tapi segala nya telah berubah apabila lihat gambar-gambar ikan yang memang hodoh sekali rupanya. Nampak macam raksasa yang datang dalam mimpi ngeri pun ada..!!

Kalau la aku gi snorkeling atau diving kat mana-mana, tiba-tiba ikan2 ni lalu kat depan aku, kompom aku terkejut beruk punyalah!!

Seni Lukisan Atas Pisang

Korang pernah lukis atas pisang tak?.
haa..kalau tak pernah, boleh cuba try.

ini ada gambar2 yang menarik yang orang2 Mat Salleh buat. kreatif bukan? 

Apa-pun aku suka makan pisang!!!



Bukti Jelas Pakatan Rakyat Akan Kalah PRU13..! Tahniah Pro-Aspirasi..!!



Sekarang adalah demam Pilihanraya Kampus. Kumpulan yang bertanding adalah Pro-Aspirasi, Pro-Mahasiawa dan ada yang bertanding atas tiket Bebas. Semenjak kebelakangan ini, Pro-Mahasiswa dilihat telah banyak dipengaruhi oleh Pakatan Rakyat. Parti Pakatan Rakyat ini sehingga sekarang masih belum berdaftar. Ini tidak hairan kerana mereka sering buat benda-benda yang tidak selari dengan undang-undang. Tidak hairanlah mengapa Pakatan Rakyat sering digelar Pakatan Haram.

Thursday, September 20, 2012

Kunyit Boleh Panjangkan Umur



Tanpa kita sedari, kunyit merupakan salah satu penyembuh semulajadi yang bagus. Sebut saja kunyit, mesti kita teringat akan India kerana orang sana memang suka guna kunyit samada dalam masakan mahupun lain2 perkara. 

Kunyit mempunya sejenis vitamin dipanggil curcumin yang mempunya banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh badan manusia dan juga haiwan.

Asteroid Akan Menghempas Bumi 15Feb 2013..!!




Sebuah Asteroid yang dinamakan 2012 DA14, akan bergerak melintasi bumi dengan jarak yang tersangat dekat pada 15Feb 2013. Jarak laluan asteroid dengan bumi pada waktu itu adalah sejauh 17,000 batu (27,000 KM). Lebih dekat dari jarak Bulan ke Bumi iaitu kira-kira 250,000 batu. 

Wednesday, September 19, 2012

Ngeh Koo Ham Perlu Dibuang Negara!!

Pemimpin Chauvanis DAP memang dari dahulu dilihat sangat tidak suka dengan orang Islam dan bersifat Racist. Tapi zaman sekarang demi untuk mengembangkan kuasa mereka di Malaysia, mereka sanggup berbaik2 dengan orang Islam terutamanya parti PAS untuk hanya mendapatkan undi dari orang2 Melayu juga kerana ramai Orang2 Cina yang menyokong MCA tidak sehaluan dengan DAP kerana orang2 Cina MCA sedar yang DAP hanya Parti yang tahu cakap sahaja tapi habuk tak dak. Orang2 PKR dan PAS saja yang buat-buat tak nampak benda ni.

Fenomena Menakjubkan: Puting Beliung Berapi (video)

Alam semulajadi memang menakjubkan.

Pada 11 September yang lalu, sorang pengarah Filem bernasib baik kerana berjaya memvideokan fanomena yang menakjubkan ini. Satu puting beliung yang terbentuk telah menyedut api yang wujud dari kebakaran hutan di satu lokasi di Australia. Kejadian ini telah menyebabkan satu pusaran api setinggi 100 kaki di udara. Keadaan ini sungguh menakjubkan dan jarang-jarang dilihat.





jom layan video puting beliung berapi ini:


Monday, September 17, 2012

Akibat Meluat Dengan Sikap Lepas Tangan, Kerajaan PKR Selangor Terus Disaman Rakyat..!!!

Kita Semua tahu yang Kerajaan Selangr Berjanji nak bagi air percuma kepada semua pengguna air di Selangor untuk 20meter padu pertama setiap bulan.. Tetapi sejak 2008 sehingga 2012 ini, masih raaaamaaaiiii rakyat yang masih belum dapat merasai subsidi air percuma ini. Berdasarkan MANIFESTO PKR 2008 lalu, diorang akan bagi subsidi sebanyak RM11.40 sebulan tidak kira samada pengguna menggunakan meter air individu ataupun pukal.

DATUK SERI NOH OMAR belasah geng2 Pakatan Rakyat di Tanjung Karang..!!

Pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya UMNO di Tanjung Karang pada 15 September yang lalu, majlis itu telah dicemari dengan kekacauan yang telah dibuat oleh pengikut2 DAP dan SAMM Selangor yang membantah tentang isu Ternakan Burung Walit.




Ikut Kronologi, sebelum ini Ng Suee Lim (gambar di atas) selaku ADUN Sekinchan DAP,  menuduh Noh Omar ada terlibat dengan skandal Projek Udang. Isu itu pun sudah dijawab Noh Omar yang dia hanya pemilik Tanah sahaja, dan Syarikat pengusaha udang tersebut mengikat kontrak untuk membayar sewa tanah kepada Noh Omar yang selaku tuan tanah kerana tidak mahu Noh Omar menjual tanah tersebut kepada orang lain. Pengusaha Udang tersebut risau jika Noh Omar jual tanah itu kepada orang lain, perniagaan udang mereka akan terjejas kerana mungkin pemilik baru akan menaikkan sewa tanah. Itu sahaja.

Sekarang isu Burung Walit pula. Segala isu dalam "memorandum basi" tersebut telah dijawab awal-awal oleh Noh Omar.



Noh Omar bersetuju menerima "memorandum basi" dari kumpulan tersebut. Penyerahan memorandum tersebut telah disampaikan oleh Adun Sekinchan DAP iaitu Ng Swee Lim dan disertai kira-kira 400 orang penyokong yang dikepalai DAP dan disokong oleh PKR, PAS, SAMM Selangor dan ahli-ahli Persatuan Industri Sarang Burung Walit dari seluruh negeri yang telah terpengaruh dengan cerita basi DAP.


Walaupun mereka buat kacau, Noh Omar adalah seorang ahli politik yang anak jantan dan gentleman kerana telah membaca kesemua permintaan di dalam "memorandum basi" tersebut dan telah menjawab satu-persatu isu tersebut. Ternyata isu yang ditimbulkan sudah jelas terjawab tetapi yang menghairankan kumpulan tersebut masih mengeluarkan dan mengkritik benda yang sudah diselesaikan dan masih dalam perbincangan. Ini menunjukkan kumpulan-kumpulan yang dikepalai oleh DAP ini TIDAK FAHAM TENTANG APA YANG MEREKA PERJUANGKAN. Mungkin ADUN itu faham ,tapi beliau sengaja untuk menghasut ahli-ahli penternak ini supaya menentang apa sahaja yang dilakukan oleh Kerajaan khususnya Kementerian Asas Tani demi kepentingan Politik. Adun DAP sedar penternak-penternak ini kurang info tentang isu semasa, dan dengan mudah dia memperalatkan para penternak-penternak ini. 

Kemungkinan Penternak-penternak yang datang buat kecoh itu telah DIBAYAR dengan wang ringgit juga boleh berlaku kerana mereka seperti tidak tahu apa yang mereka sedang perjuangkan. 


Apapun tahniah kepada Datuk Seri Noh Omar kerana dengan selambanya menjawab semua persoalan dan ketidakpuasan hati dalam Memorandum tersebut dalam keadaan tidak formal dan tidak berdolak dalik untuk menjawab segala persoalan. Ini adalah satu tamparan hebat kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yang seringkali mengelak untuk menjawab segala soalan dari pihak wartawan mahupun UMno dan juga pernah ugut untuk menyaman sesiapa yang menyoal tentang ketelusan kerajaan Negeri Selangor mentadbir Kewangan negeri tersebut.


p/s: untuk pengetahuan pembaca yang budiman, Ng Suee Lim sedang berhadapan dengan 2 saman fitnah bernilai 20Juta  daripada Khir Toyo dan Noh Omar.

untuk berita lebih lanjut Klik Sini






ORANG BUAT OPEN HOUSE, NAK HAPPY-HAPPY, DIORANG DATANG NAK BUAT KECOH, TAKDE HARI LAIN KE YG SESUAI NAK BERPOLITIK? BODOH TAK DAK AKAL PUNYA Pakatan(haram) Rakyat!!!! 

Gadis Tanpa Tangan Ajar Cara2 Pakai Bra

Selalu di Youtube kita tengok Vloggers (video bloggers) ajar cara2 pakai tudung, make up dan sebagainya. Mungkin ini adalah video antara yang pertama seumpanya dari seorang Vloggers yang OKU (Orang Kurang Upaya)



Tisha @Tisha Unarmed (nama pena) sekarang berumur 25 tahun dilahirkan tanpa kedua belah tangan dan kakinya sebelah panjang dan sebelah pendek. Tetapi dia sungguh bermotivasi dan bangga dengan dirinya.

Dia banyak buat video mengajar banyak cara yang kebanyakan orang yang sempurna menggunakan tangan hanya menggunakan kaki seperti make up dengan pakai kaki, bawa kereta, buat sandwish dengan kaki dan banyak lagi.

Videonya yang terbaru di upload pada 11 September lalu. Ia adalah cara-cara bagaimana pakai baju, seluar dan Bra..!!



Mari kita ushaaa..



TIADA LENGAN? TIADA BAJU? TIADA MASALAH BEB.....

Semoga Tisha dapat memberi kita inspirasi. Kalau orang lain boleh buat.kenapa kita tak boleh kan?

Ini Bukan Lukisan Di Atas Kertas..!!!









Jangan Terpedaya..!!!!

Ini bukan lukisan di atas kertas. Ini adalah manusia dan objek sebenar yang telah dicat dan dilukis di atas permukaan agar nampak seperti lukisan. Semua ini telah dihasilkan oleh seorang artis yang berbakat besar. Mungkin ramai yang tidak mengenali Alexa Meade.





Mari kita lihat lagi gambar2 Alexa Meade bersama artwork-artwork nya yang lain..!!!











NAK TENGOK VIDEO?
JOM LAYAN..BEST GILE....



Semoga dapat memberi sumber inspirasi kepada para artis kreatif kita.






GAMBAR YANG PALING BIJAK DI DUNIA

Gambar ini Tokei Kedai katakan yang paling bijak di dunia adalah kerana semua yang berada di dalam gambar ini adalah genius-genius yang terhebat di dunia yang banyak sumbangannya kepada penduduk dunia. Gambar bersejarah ini diambil pada tahun 1927 di Solvay Conference yang ke-5 di Institute International de Physique Solvay, Brussel.


Barisan Atas dari kiri: A. Piccard, E. Henriot, P. Ehrenfest, E. Herzen, Th. de Donder, E.Schrödinger, J.E. Verschaffelt, W. Pauli, W. Heisenberg, R.H. Fowler, L. Brillouin

Barisan Tengah dari Kiri: Knudsen, W.L. Bragg, H.A. Kramers, P.A.M. Di

rac, A.H. Compton, L. de Broglie, M. Born, N. Bohr

Barisan Hadapan: I. Langmuir, M. Planck, M. Skłodowska-Curie (Marie Curie), H.A. Lorentz, Albert Einstein, P. Langevin, Ch.-E. Guye, C.T.R. Wilson, O.W. Richardson


p/s: gambar asal adalah gambar hitam putih. gamba rini telah diedit menjadi gambar berwarna

TASIK LAVA TERBESAR DI DUNIA..!!

Gambar-gambar yang luarbiasa ini diambil oleh fotographer-fotographer dan penyelidik-penyelidik  yang berani mati yang bersama-sama menyertai misi NET GEO. Tasik Lava yang terbesar ini terletak di  Gunung Nyiragongo, Republic of Congo iaitu di benua Afrika.

Sejak tahun 1882, gunung ini telah meletus sebanyak 32 kali. Hanya yang betul-betul hati kering sahaja boleh datang ke sini..!












untuk mereka terus mara mendekati Lava ini, mereka terpaksa mencari arah angin supaya anging bertiup dari arah belakang agar kepanasan lava dapat dikurangkan sedikit apabila angin bertiup. 





NAK TENGOK VIDEO DIORANG KAT SANA..?
LAYAN SINI:





PERSOALANNYA..MANA PERGINYA PENGKAJI-PENGKAJI DARI ORANG MUSLIM? 
ADAKAH ORANG MUSLIM TIDAK BERMINAT UNTUK MENGKAJI KEBESARAN TUHAN?..KENAPA NAK BIARKAN BANGSA-BANGSA LAIN LEBIH MENDAHULUI DARIPADA KITA? 



Arca Kuda Terbang(Pegasus) Diperbuat Dari Beribu Smartphone

WOW..!!!!!

Sebuah arca yang bersaiz sebesar kuda yang sebenar telah dibuat dengan menggunakan sejumlah 3500 buah smartphone baru keluaran Huawei. Arca ini telah dipertunjukkan semasa Mobile Phone Congress 2012 di Sepanyol.

Smartphone yang digunakan adalah model terbaru dari Huawei iaitu HUAWEI ASCEND D QUAD.













ini adalah video iklan bagi model ini:

LAYANNN.....


KAT MALAYSIA ADE JUAL KE?
boleh la pi cari kat LOWYAT nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...