BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Wednesday, September 26, 2012

Musuh DAP Sekarang Bukan UMNO, Tapi PKR.!!

Semenjak 3 hari berturut-turut ni, Buletin Utama TV3 asyik menyiarkan rakaman audio Datuk Mansor mengutuk Lim Guan Eng. 

“Jawapan saya ialah, pilihan raya umum sudah dekat. Itu sahaja jawapan yang saya boleh beri. Saya rasa itu jawapan yang baik,” katanya Datuk Mansur kepada media semalam.


Bodoh punya jawapan. Blajar tinggi-tinggi, macam tu saja dia jawab. Budak tak sekolah pun boleh cakap macam tu. Aku malas nak explain tentang rakaman dan kenyataan dolak dalih Pengerusi PKR Penang tu. 

Handpainting Yang Menakjubkan

ular sawa

Bak kata orang putih, "Breathtaking and awesome art!"

Lukisan tangan ni aku cakap memang best sebab kalau kita tengok pun rasa geli geleman dan teruja. Itu maksudnya lukisan itu real dan hebat.

Masyarakat Ini Akan Bunuh Diri Mereka Sebelum Umur 30 Tahun




Haaa..harini kita layan National Geographic pulak.


Gambar: gadis-gadis Suruwaha yang cantik manis


Ladies and gentlement, this is Suruwaha Tribe..!

Puak Orang Asli ini tinggal di hutan Amazon.  
Kawasan yang didiami mereka telah ditutup oleh pihak Kerajaan Brazil dari Dunia luar untuk melindungi orang-orang asli ini. Hanya orang yang tertentu sahaja yang boleh masuk ke kawasan larangan ini. Sebab tu kita jarang tahu pasal mereka.

Tuesday, September 25, 2012

Harakah Daily Promosi Iklan Berahi


sekadar gambar hiasan



Sape cakap aku fitnah?
ini betul-betul la..
tak percaya korang boleh tengok sendiri la..



Kalau korang masuk ke Homepage website ni, memang tak nampak apa2 yang berahi. Tapi cuba korang klik salah satu tajuk. Baru korang akan nampak apa yg aku maksudkan.

Monday, September 24, 2012

Video Sebenar Semut Yang Baik Hati

Video ni aku yang rakam sendiri pakai henset.

Petang tadi aku potong kuku depan komputer. Lepas tu kuku yang aku potong tu bersepah la. Then aku layan youtube. Pastu datang la sekumpulan semut naik atas meja komputer aku. Aku biarkan saja. 

Tanpa aku sedari, semut2 ni rupanya tengah angkut kuku-kuku aku tadi. Pelik la jugak aku, takkan semut makan kuku kot?.. Aku pikir mungkin sebab semut2 ni lapar sangat kot.

Aku tengok je la diorang angkut kuku tu. Rupa-rupanya diorang bukan nak makan pun kuku tu. Diorang nak susun saja kuku tu kat satu tempat. Sebab terleka tengok diorang buat kerja, baru aku teringat nak ambil video. Nasib baik sempat jugak ambil.

Lim Guan Eng Dikencing Pengerusi PKR Penang Hidup-Hidup..!!


Datuk Mansur Othman (Pengerusi PKR Penang)


Pada 24 Ogos yang lalu, panas mengenai isu Datuk Mansor Othman kutuk Guan Eng seperti sombong@angkuh@arrogant dan Datuk Mansor juga kata Guan Eng macam Tokong seperti semua orang kena ikut saja cakap Guan Eng.

Keindahan Luar Biasa Bora Bora Island


Memang tak cukup kata-kata untuk diucapkan bila lihat keindahan alam pulau ini. Dengan lautnya yang jernih dan gunung ganang yang cantik memang memukau setiap sesiapa yang melihatnya. 
























Pulau ini mempunyai alam semulajadi yang luar biasa kerana ia nampak seperti sebuah pulau yang mempunyai laut di dalamnya. Laut Di Dalam Pulau.

Sesiapa yang inginkan privasi yang tahap maksima boleh datang ke sini kerana pulau ini sungguh sunyi dan ekslusive sekali. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...