BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Tuesday, January 15, 2013

Agenda DAP Mengeksploitasi PAS




Sekarang ini hampir setiap hari orang memperkatakan tentang isu kalimah Allah ini. Sehinggakan ada yang dahulunya bukan ustaz pun sudah mula pandai berlagak jadi ustaz.

Sebenarmya isu ini bukannya kerana hukumnya harus atau haram tetapi lebih kepada apa isu yang timbul mengikut masa dan keadaan di dalam negara kita. Memang benar hukum dia "harus" kerana di Negara Timur Tengah, perkataan Allah telah digunakan sejak sekian lama, tetapi kenapa golongan Vatican tidak menggunakan kalimah Allah begitu juga di Vatican di Eropah dan juga Amarika Syarikat? 

Kenapa dengan secara tiba-tiba golongan Kristian di Malaysia yang populasinya tidak sampai pun 10% dari jumlah penduduk Malaysia ini mula menimbulkan hak penggunaaan kalimah Allah ini? dan mengapa amalan yang jauh dari Borneo perlu diperluaskan sehingga ke Semenanjung? Bukankah semua orang Kristian (bukan di Borneo) begitu selesa dengan menggunakan nama "God" sahaja selama ini? 

Semua ini kita perlu tanya kepada mereka. Kenapa perlu menimbulkan isu yang sensitif? Kenapa susah sangat nak mengekalkan apa yang telah lama mereka amalkan? Jika satu bahagian membuat tuntutan, maka sisi lain akan bermula juga. Tetapi adalah tidak adil, apabila mereka menyuarakan kebimbangan dan kehendak mereka, dunia akan menggelar mereka sebagai pejuang keadilan tetapi apabila kami (Islam) cuba mempertahankan hak kami, kami dikutuk rasis dan pelampau.





Dan di sini ada satu percanggahan. Hadi berkata, kalimah Allah boleh dipakai oleh bukan Islam selagi ia tidak disalahgunakan. Apa yang Hadi maksudkan dengan berkata begitu? Apabila kenyataan seperti "Allah wujud dalam tiga bentuk, bapa, anak dan holy spirit", Adakah ini satu penyalahgunaan kalimah atau tidak??? Cubalah nyatakan dengan jelas. Ini tidak, apabila wartawan minta untuk penjelasan dia cuma jawab "kita sudah jelaskan tadi, apa-apa boleh check dengan bla... bla... bla...". 

Ini akan lebih mengelirukan masyarakat yang kurang faham dengan maksud beliau. Seperti juga isu bagaimana ahli-ahli PAS selalu dengan begitu cepat mengkafirkan UMNO untuk sesuatu yang remeh setelah terpengaruh dengan Amanatnya. Tapi sekarang Hadi tidak mahu pula bertanggungjawab ke atas semua masalah yang timbul selepas Amanatnya itu dikeluarkan sehingga matinya Ibrahim Libya. 

Makcik yang diceraikan oleh suaminya akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi  begitu mengharapkan Hadi menarik balik amanatnya hanya untuk menyelamatkan rumahtangga mereka. Tetapi Hadi lebih ego dan bongkak untuk mempertahankan Amanatnya itu tanpa menghiraukan masalah orang lain. Adakah ketua sebegini yang kita harus contohi?

Oleh itu, adakah anda semua tahu kenapa DAP mainkan isu Kalimah Allah diwaktu PRU13 nak dekat sangat ni sedangkn isu ini tidak penting pun? Sebabnya, diorang nak buktikan pada pengundi bukan melayu, terutamanya pengundi Cina, yang tiada apa yang perlu dirisaukan dengan PAS yang dilihat sangat extreme kerana DAP mampu meng'control'ny a (i.e PAS memang boleh dicucuk hidung). Usaha ini perlu kerana imej PAS yang ekstreme telah sekian lama menjadi igauan penyokong2 PR bukan melayu. Tetapi ini juga bermaksud:

1) Calculation DAP menunjukkan undian maksimum dari pengundi bukan-melayulah yg akan menentukan kemenangan PR diwaktu undi melayu telah pun berkurang. (akibat Melayu berpecah kepada UMNO, PAS dan PKR)

2) DAP dah kenal sangat perangai penyokong PAS. Walaupun ramai dari mereka tidak bersetuju secara peribadi tentang isu kalimah ini tapi akibat ketaksuban dan taklid buta mereka terhadap pemimpin PAS akan menyebabkn sokongan terhadap parti seterusnya PR tidak akan terjejas.

Mesti ramai yang sudah lupa peristiwa pada 2009 yang lalu. Isu kalimah Allah ini telah dibawa sehingga ke Mahkamah Sivil. Kemudian Mahkamah tinggi memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan kalimah Allah adalah salah disisi undang-undang. Dan berikutan dengan peristiwa ini, berlaku kejadian membakar gereja di seluruh negara (dan sekarang kejadian bakar gereja ini dimainkan pembangkang menuduh ini perbuatan Kerajaan untuk dapatkan sokongan bukan Islam)

Secara ringkas, isu ini adalah lebih jauh dari isu harus atau haram. Sebenarnya ia jelas menunjukkan bagaimana orang Melayu/Islam PAS begitu bodoh, bercanggah dan telah dieksploitasi oleh DAP. 


p/s: Jangan lupa tentang isu tanah sebesar Putrajaya yang Nik Aziz kasi free sama pemimpin DAP tu ye. Sehingga sekarang Yayasan Islam Kelantan (YIK) pun dah dieksploitasi oleh orang kaya Ngeh Koo Ham. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...