BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Monday, January 7, 2013

Apa Lagi Yang "Mereka" Mahu?


Mereka dikatakan berkongsi bapa saudara yang sama iaitu Chin Peng.

1. Sesungguhnya, apa yang terjadi dimana terbongkarnya rahsia kekayaan dan keupayaan kewangan YB Ngeh Koo Ham sehingga beliau mampu untuk menyediakan RM31 juta untuk membeli dan memiliki (secara langsung dan tidak langsung) syarikat Upaya Padu Sdn Bhd (UPSB) seterusnya pengusahaan tanah pajakan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK) seluas 10,526 ekar, adalah satu rahmat dari Allah SWT; satu petunjuk kepada ‘kita’ menjelang PRU13 nanti.

2. Di sini, aku tidaklah akan menghujahkan yang tindakan YB Ngeh Koo Ham itu adalah salah dari segi undang-undang dan begitu juga dengan tindakan YIK. Sebaliknya, aku akan membincangkan perkara-perkara yang zahir dan sahih sahaja. Perkara-perkara yang zahir dan sahih yang aku maksudkan adalah seperti berikut:



  •  Pembelian saham (seterusnya pertukaran hak-milik) UPSB kepada YB Ngeh Koo Ham kerana beliau sendiri mengaku akan perkara ini
  • Walaupun proses pertukaran hak milik ini berlaku pada tahun ini (2012), tiada apa yang boleh mengubahkan hakikat bahawa UPSB memang telah mendapat pajakan tanah dari YIK seluas 10,526 ekar sejak 2006 lagi seperti yang dijelaskan oleh Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan dalam artikel Harakah baru-baru ini.
  • Dan selepas pertukaran 2012 ini, UPSB dimiliki hampir seratus-peratus oleh seorang individu yang bukan bumiputra dan fakta ini datang secara semulajadi hasil dari 2 fakta di atas

3. Apakah kaitan fakta-fakta di atas dengan rahmat dan petunjuk Allah yang aku nyatakan diawal penulisan ini? Apa yang aku maksudkan ialah Allah telah memberikan petunjuk bahawa ‘kita’ (Melayu, Muslim dan Bumiputra) belum lagi mampu bersaing ‘atas tanah yang rata’ lalu mesti bagi ‘kita’ mengekalkan dulu apa yang ‘kita’ ada dengan memastikan kerajaan UMNO/BN terus memerintah, sementara ‘kita’ menyiapkan diri terlebih dahulu.

4. Bukanlah niat aku hendak menjadi pesimistik tetapi apa yang YB Ngeh Koo Ham telah lakukan, hakikat dimana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang (kesalahan moral mungkin), cuma menyerlahkan lagi kebijaksanaan dan keupayaan ‘mereka’ dari pelbagai segi termasuk kekuatan pemikiran, modal dan rangkaian yang ‘kita’ masih lagi terlalu jauh untuk memilikinya.

5. Apa yang lebih membimbangkan, selain memiliki keupayaan-keupayaan ini, tiada ternampak pula bibit-bibit keinginan untuk ‘mereka’ berkongsi dengan ‘kita’ dan membantu serta memberi tunjuk ajar kepada ‘kita’.

 6. Ini dibuktikan dengan pembolotan hak milik UPSB oleh ‘mereka’ hampir seratus peratus. Turut membimbangkan adalah bagaimana entiti-entiti ‘kita’ seperti YIK terus-terusan dieksploit oleh ‘mereka’ dalam mendapatkan projek-projek yang berskala besar. 

7. Memanglah ‘kita’ boleh berterus-terusan memberikan alasan ‘kita’ belum mampu berniaga, belum cukup pandai dan lain-lain maka ‘kita’ perlu serahkan projek itu kepada ‘mereka’ tetapi bukankah ini juga bermaksud ‘kita’ perlukan lebih masa untuk menyiapkan diri, lalu mesti bagi ‘kita’ mengekalkan dulu apa yang ‘kita’ ada (kuasa politik) dengan memastikan kerajaan UMNO/BN terus memerintah, seperti yang telah aku nyatakan di atas.

8. Jika dilihat dari perspektif ini, rahmat Allah SWT kepada rakyat negeri Perak telah turun seawal 2009 lagi dengan pertukaran semula kerajaan negeri Perak ke tangan BN. Kalau tidak cuba ‘kita’ bayangkan apa yang YB Ngeh Koo Ham dan ‘mereka’ boleh capai dalam tempoh empat tahun yang telah berlalu (2008 sehingga kini). Sedangkan dengan kehilangan kuasa pun beliau boleh membeli saham UPSB dan menguasai pengusahaan tanah YIK, inikan pula jika ‘mereka’ berkuasa dahulu.

9. Dan cuba bayangkan, apa yang ‘mereka’ boleh lakukan jika ‘mereka’ menang dalam PRU13 yang akan datang seterusnya berkuasa untuk empat atau lima tahun lagi diwaktu tiada langsung bibit-bibit bukti yang ‘mereka’ ingin berkongsi dengan ‘kita’. 

10. Satu perkara yang selalu ‘kita’ lupa, selepas PRU12 memanglah jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada PAS kerana diwaktu itu DAP tiada calon Melayu tetapi perkara ini tidak akan berlaku lagi kerana DAP telah belajar dari kesilapan terdahulu. 

11. Dikhabarkan, DAP akan meletakkan calon-calon Melayu di Perak untuk membolehkan ‘mereka’ menduduki kerusi Menteri Besar jika ‘mereka’ menang kelak. Ini mereka akan lakukan dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa menipu undi seperti yang berlaku baru-baru ini.

12. Bayangkan apa yang akan terjadi? 

13. Bayangkan juga darjah kerakusan ‘mereka’. Walaupun YB Ngeh Koo Ham mampu menyediakan duit puluhan juta untuk pembelian saham dan walaupun ‘mereka’ terus mendapat projek-projek dan tanah-tanah berskala besar, ‘mereka’ masih terus melaungkan slogan ‘DEB tidak adil’, ‘agihan kekayaan dan peluang tidak sama rata’ dan lain-lain lagi. 

14. Ini semua sepatutnya membuatkan ‘kita’ berfikir, apa yang ‘mereka’ mahukan lagi?

15. Mungkin ada yang berhujah PAS dan PKR akan mengimbangi kuasa dan keupayaan DAP jika mereka berkuasa kelak. Tetapi sejarah yang ada, bukti-bukti yang ada tidak menunjukkan ini akan berlaku. Bukti-bukti yang ada adalah sebaliknya dimana entiti-entiti kita seperti YIK terus dieksploit, bukan secara salah dari segi undang-undang, tapi dari segi ketidakmampuan ‘kita’ sendiri. Ini belum lagi ‘kita’ bincangkan isu-isu lain seperti perlaksaan negara Islam dan hudud.

16 Akhir kata, aku mengharapkan saudara-saudara "kita" di Negeri Perak khasnya dan orang-orang 'kita' yang lain akan memikirkan sedalam-dalamnya perkara-perkara yang berbangkit dalam seminggu dua ini. Tidakkah ia satu petunjuk dari Allah SWT tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku selepas PRU13 ini? Jika Allah telah merahmati ‘kita’(orang Perak) pada tahun 2009 dahulu, kenapa tidak Dia terus merahmati ‘kita’ sehingga kini dengan terus memberikan petunjuk dan pedomanNya agar ‘kita’ terus selamat dan sejahtera? 

Fikir-fikirkanlah wahai orang Melayu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...