BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Wednesday, January 2, 2013

PENDAFTARAN UNTUK REBATE RM200 UNTUK SEMUA JENIS SMARTPHONE BERMULA SEKARANG



Hooray..!!

Permohonan untuk rebate RM200 bagi smartphone telah bermula sekarang. Semua yang berumur dari 21tahun sehingga 30 tahun yang gaji kurang dari rm3000 sebulan layak untuk mendapatkan rebate ini.


Untuk melayakkan mendapatkan rebate ini, pemohon perlulah melanggan pakej jalur lebar (pakai line) di syarikat Telco seperti Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, Tune Talk dan sebagainya. Pakai line lebih jimat dari pakai prepaid. Kalau dah pakai line tak perlu la beli lagi. Berbaloi sebab selalunya kalau beli handphone sekali line biasanya lebih murah dari harga asal, tolak pula rm200 memang berbaloi-baloi lah..!

Sebelum ini, mengikut info-info yang ada di blog-blog yang ada, hanya beberapa jenis smartphone saja yang boleh dibeli untuk layak mendapatkan rebate ini. 

Tapi mengikut pengumuman terbaru dari SKMM melaui Buletin Utama sebentar tadi, semua jenis smartphone tak kira berapa harga sekalipun layak untuk mendapatkan rebate ini. Termasuk juga Samsung Galaxy S3 dan Iphone5. Yahoo..!!  Lihat sini untuk maklumat terkini: (klik sini) 

Pendaftaran online boleh dibuat bermula pada jam 7pagi sehingga 11malam. Jika tak boleh buka link ini, diharap bersabar kerana mungkin terlalu ramai yang masuk daftar.

Pendaftaran online boleh dibuat di sini: (klik sini) 
komunikasibelia.skmm.gov.my

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi MCMC Hotline 1800-88-4040 (office hour only). Isnin hingga Jumaat. Kecuali Public Holiday.



SEKALI LAGI JANJI DITEPATI..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...