BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Monday, April 15, 2013

DAP DIAKUI TIADA PENGALAMAN MEMERINTAH



Aksi Lim Guan Eng jika tidak dapat menjawab soalan

Pemimpin DAP jelas tidak mempunyai kemahiran untuk memerintah negara apabila semakin banyak kelemahan dan kemerosotan berlaku di bawah pentadbiran mereka di Pulau Pinang.
 
ANTARA ISU BERKAIT:

1: Hutang meningkat dan pelaburan yang kurang 


 
Perkara itu juga turut diakui Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang berkata Lim Guan Eng gagal mentadbir Pulau Pinang apabila negeri itu gagal menarik pelaburan dan menggambarkan kerajaan negeri tidak mempunyai pemikiran dan perancangan yang holistik.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (arkitek yang menyelamatkan Melaysia semasa kegawatan ekonomi dunia 1998)

 
2: Nilai pelaburan menjunam

Selepas DAP menang pada 2008, selepas setahun iaitu pada 2009, kemerosotan nilai pelaburan adalah begitu membimbangkan.

Kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang menjunam 73% pada tahun lepas iaitu 2012 dengan mencatatkan jumlah hanya RM2.47 Billion.
 
Semasa dalam kepimpinan BN, Pulau Pinang adalah negeri top 5 dalam menjana pelaburan, namun pada 2012 negeri ini terus jatuh tangga keenam.
 
Sudah jelas hanya BN yang mampu membawa perubahan dan meningkatkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang sekiranya diberi mandat sekali lagi oleh rakyat.
 


3: Isu pembinaan terowong bawah laut

Rakyat Pulau Pinang terutama nelayanmembantah projek terowong DAP.

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan tender projek terowong dasar laut jelas menggunakan kaedah terbalik tanpa melibatkan perbincangan dengan pihak-pihak yang akan menerima kesan secara langsung sekiranya projek itu dilaksanakan.
 
Sedangkan kaedah itu bukan merupakan pendekatan terbaik dalam proses membuat keputusan oleh sebuah kerajaan.
 
Tender Projek Terowong diberi kepada syarikat yang tidak layak
Tendek Projek Mega itu bernilai RM6.3 dan diberi kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar hanya sebanyak RM2.
 
4: Isu kesilapan meletakkan kos sebenar projek Terowong


Guan Eng bagaimanapun mendakwa berlakunya kesilapan 'salah taip' berhubung kos sebenar projek terowong dasar laut berserta tiga lebuh raya yang diumumkan, beliau berkata itu tidak menjadi masalah.
 
Jelas mereka tidak berpengalaman mentadbir sebaliknya hanya merapu mengatakan mereka menguruskan tata-kelola yang baik, sedangkan hakikatnya adalah jauh panggang dari api.

 
5: Isu pemilihan parti yang tidak adil

VIncent (kiri) tidak puas hati dengan kemenangan Zairil (kanan) dalam CEC. 
Amat jelas, pemilihan parti DAP sendiri pun mempunyai banyak masalah, lagikan nak memerintah negara.
DAP juga terpaksa mengubah keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas mengesan kesilapan pengiraan undi.
 
Ahli akar umbi parti itu sehingga hari ini terus mendesak agar DAP mengadakan pemilihan semula seperti biasa untuk membuktikan ketelusan, namun pemimpin tertinggi DAP menolak desakan tersebut. Sehingga sekarang makin ramai ahli DAP akar umbi telah mula berasa tertipu dan kemungkinan juga  ROS akan mengaharamkan DAP pada PRU 13 ini.


Jon layan video Lim Guan Eng lari dari jawab soalan ketua pemuda BN Pulau Pinang (start minit yang ke 1:28)


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...