BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Monday, April 15, 2013

KRISIS DALAMAN PAKATAN RAKYAT BUKAN RAHSIA LAGI




Manifestasinya adalah apabila sehingga kini pun, pertikaian berhubung pembahagian kerusi antara mereka masih wujud di mana mereka sendiri tidak menolak kebarangkalian untuk berlakunya pertarungan tiga penjuru di sesetengah kerusi. 

Tikam-menikam yang berlaku di Johor juga menguatkan lagi andaian betapa huru-haranya keadaan yang bakal wujud sekiranya mereka ditakdirkan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. 
Krisis antara PKR dan DAP di Johor

Lihat sahaja bagaimana Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang berhempas pulas mengangkat taraf PKR di negeri tersebut ‘diliwat’ oleh Kit Siang dan pimpinan DAP negeri. 

Sudahlah kerusi Gelang Patah yang diidamkan terpaksa dikorban, setelah diumumkan menjadi calon di Segamat, kena bantah lagi dengan DAP..Betapa bijak kita dapat lihat permainan DAP ini..Tak keterlaluan dikatakan PKR terutamanya Anwar, sudah kena ‘game’ dengan DAP.


Krisis dalaman PAS Kedah



Antara keretakan dalaman yang paling panas sekali dapat kita lihat adalah yang melibatkan pimpinan PAS Kedah iaitu di antara Menteri Besar, Azizan Razak dengan Exco kerajaan negeri yang berideologi syiah, Phahrolrazi. 

Peperangan di antara puak penyokong syiah Phahrolrazi dan Azizan Razak dikatakan sejak kebelakangan ini sudah semakin terbuka..sudah tiada rahsia lagi.

Dikhabarkan, selain daripada 11 kawasan kuat PAS yang membantah kedudukan Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, bilik-bilik gerakan di luar kawasan kuat ini seperti Langkawi, Kuala Kedah dan Baling juga telah ditutup bagi menunjukkan protes terhadap beliau dan meminta agar PAS pusat segera campur tangan menanganinya sekiranya mahu mengelakkan jentera parti di kawasan-kawasan tersebut lumpuh pada pilihanraya nanti.

Difahamkan, ‘puak taksub Phahrol’ telah memacakkan bendera PAS berwarna hitam, bukan yang tradisinya berwarna hijau, sebagai tanda protes mereka terhadap kepimpinan Azizan.


Situasi tersebut boleh dilihat di kawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai di mana di kawasan tersebut terdapat banyak kain rentang dan bendera hitam PAS dinaikan. Malah keadaan yang sama turut dapat dilihat di Baling dan juga di kawasan-kawasan lain.
Kesimpulan

Apapun cerita konflik PAS di Kedah ini hanya sekelumit bingkisan daripada puluhan, bahkan tidak keterlaluan dikatakan ratusan konflik dalaman yang cuba dinafikan pimpinan tertinggi Pakatan. Ini belum diselitkan lagi mengenai konflik dalaman DAP Johor yang menolak campur tangan ‘Lim Dynasty’ di negeri tersebut. Juga, jangan dilupa mengenai ahli Parlimen PKR yang ‘berhijrah’ beramai-ramai meninggalkan parti itu sedikit waktu dulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...