BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Wednesday, May 1, 2013

Bapa Saiful Mengaku Diperalat Menganiaya Anaknya

Azlan bersama pemimpin PKR ketika bertemu wartawan setelah "dibeli"


Terkini, Bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim kini membuat satu lagi kejutan apabila telah dilihat berpaling tadah kepada Anwar Ibrahim. Hari ini Azlan telah memberitahu kepada wartawan bahawa apa yang dia katakan tentang dia diupah oleh seorang pemimpin BN untuk memburukkan Anwar dalam kes liwat anaknya adalah tidak benar sama sekali.

Ketika Azlan membuat kenyataan U-Turn itu, Azlan juga bertegas untuk tidak bersumpah sekiranya ada yang ingin menyuruhnya berbuat sedemikian. Rupa-rupanya sekarang baru kita tahu, kenapa Azlan tidak akan melakukan sumpah laknat.



Terbaru, Azlan juga menyatakan bahawa dia juga telah dibeli oleh Anwar semata-mata untuk membersihkan nama Anwar ketika Pilihanraya 13 sedang dekat. 

Perkembangan ini boleh dilihat menerusi twitter Saiful Bukhari sendiri yang berbunyi " Berkat doa, sabar dab istiqamah. Jika bapa jujur dan ikhlas, syukur Alhamdulillah. Yang HAK pasti BERDIRI, janji Allah pasti."

kenyataan twitter Saiful


Menurut sumber terdekat dari keluarga Saiful, bapanya bertindak mengkhianatinya kerana telah dibeli oleh Johari Abdul dengan bayaran RM1 Juta untuk membuat U-Turn untuk menipu penyokongnya dan penyokong PAS serta membersihkan nama Anwar Ibrahim memandangkan PRU13 semakin dekat.

Anwar kelihatan begitu tertekan memandangkan banyak ahli-ahli akar umbi PAS dan ada juga Pemimpin-pemimpin PAS yang begitu lantang menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Akhirnya, kebenaran pasti akan datang. Teruskan berjuang Saiful Bukhari. Benar kata-kata kamu, Yang hak pasti berdiri. Janji Allah Pasti!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...