BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Sunday, June 23, 2013

Ibu Bapa Kurang Siuman Lebih Sayangkan Anwar Daripada Nyawa Anak Sendiri


Anak kecil diusung ke lokasi Blackout505


Pada Himpunan Blackout 505 kelamarin di Kuala Lumpur, masih lagi terdapat ibu bapa yang masih kurang siuman kerana membawa anak kecil mereka turut bersama ke Padang Merbok. Semua tahu yang masa himpunan itu diadakan, indeks pencemaran udara ada berada di dalam tahap yang tidak sihat iaitu pada sekitar 120-150.



Sedangkan ia merbahaya kepada orang dewasa, inikan pula kepada anak-anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Memanglah itu anak mereka sendiri, tetapi kanak-kanak kecil ini perlu dilindungi dan mereka juga dilindungi hak mereka oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. (UNICEF)

Anak down sindrom pun turut diusung,

Jika tidak mahu mengikut undang-undang negara pun, sekurang-kurangnya ambil lah berat sikit tentang tahap kesihatan dan keadaan cuaca. 

Pernah dalam satu kejadian di luar negara, ibu bapa yang tidak bertanggungjawab seperti ini telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman kerana kecuaian mereka.



Adakah negara kita perlu menguatkuasakan undang-undang yang melindungi hak kanak-kanak dengan tegas? Bagi saya ia adalah amat perlu kerana dengan ini ia dapat memberi pengajaran kepada semua ibu bapa.

Anak kecil di Padang Merbok. Lokasi HImpunan Blackout
Jika ada apa-apa yang terjadi kepada anak-anak ini adakah Anwar Ibrahim akan mengambil berat?. Sedangkan peserta yang cedera masa domontrasi-demontrasi yang sebelum ini pun tidak dijengok oleh Anwar Ibrahim. Bertanya khabar pun tidak. 

Kasihan..

1 comment:

  1. PR dan bangang berpisah tiada...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...