BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Wednesday, May 1, 2013

RM100 Untuk Hadiri Ceramah Lim Kit Siang



Percaturan DAP untuk meletakkan Lim Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah nampaknya adalah satu percaturan yang silap buat DAP. Sepatutnya Lim Kit Siang akan berhadapan dengan calon Cina dari BN. Tetapi andaian mereka salah kerana BN akhirnya meletakkan Menteri Besar Johor, Abdul Ghani sendiri untuk berlawan dengan nya di Gelang Patah.

Berikutan dari perkembangan ini, Lim Kit Siang berasa tertekan dan semakin takut akan kekalahan kerana rata-rata penduduk Johor terutamanya di Gelang Patah amat menghormati Abdul Ghani dan sememangnya dia mempunyai penyokong yang kuat dari rakyat di Gelang Patah.

Oleh itu Lim Kit Siang sanggup melakukan apa saja demi untuk menunjukkan kononnya dia mendapat sokongan rakyat Johor termasuk memberi wang sebanyak RM100 untuk orang menghadiri ceramahnya.

Bukti video rakyat cina ditipu bawah sini:

http://www.youtube.com/watch?v=mUpE-JMGPAU


Oleh itu tidak hairanlah jika dimana-mana saja Lim Kit Siangbuat ceramah perdana, mesti berduyun-duyun yang datang kerana ada pihak yang menjanjikan RM100 untuk hadiri ceramah beliau.



DAP mengatakan mereka bebas dari rasuah tapi sebenarnya mereka lah yang paling mengamalkan rasuah dan kuat menipu. Penulis sempat bertemu bual seorang warga emas cina di Skudai Johor tentang perkara ini, dan dia juga mengatakan perkara yang sama dan ditipu. Dia juga mengatakan jika DAP bagi RM100 pada orang untuk datang ceramah, mereka tidak rugi kerana pada ceramah itu juga mereka mengutip derma. Banyak orang memberi derma.

Rupanya disamping menipu, DAP juga meminta duit dari rakyat di ceramah. Cara ini nampak bijak tapi adakah dengan mempergunakan rakyat sebegini dianggap bermoral? Buktinya pada ceramah baru-baru ini di Sutera Mall, mereka dapat mengumpul wang sebanyak RM263,328.80 hasil kutipan dari orang yang datang.. Pengundi Cina yang datang itu juga dikerah dari kawasan Selatan Johor yang mepunyai ramai orang Cina iaitu dari kawasan Kulai, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Pulai.

Betullah seperti yang dikatakan oleh Mantan Setiausaha Sulit Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang, Mohd Razali B Abd Rahman yang mereka ini akan menggunakan persepsi dan pelbagai taktik kotor demi untuk mendapatkan undi dan menipu. 




Nasihat kepada warga Cina Johor: Kalau Lim Kit Siang kasi RM100. lu orang ambil la. Tapi nanti mengundi lu orang undi Barisan Nasional. Jangan kena tipu sama DAP, mereka siang dan malam menipu. Pemilihan Parti sendiri pun boleh tipu ahli sendiri, apatah lagi nak menipu rakyat. Memang senang-senang la nak tipu.

Jom Undi Barisan Nasional. 

Bapa Saiful Mengaku Diperalat Menganiaya Anaknya

Azlan bersama pemimpin PKR ketika bertemu wartawan setelah "dibeli"


Terkini, Bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim kini membuat satu lagi kejutan apabila telah dilihat berpaling tadah kepada Anwar Ibrahim. Hari ini Azlan telah memberitahu kepada wartawan bahawa apa yang dia katakan tentang dia diupah oleh seorang pemimpin BN untuk memburukkan Anwar dalam kes liwat anaknya adalah tidak benar sama sekali.

Ketika Azlan membuat kenyataan U-Turn itu, Azlan juga bertegas untuk tidak bersumpah sekiranya ada yang ingin menyuruhnya berbuat sedemikian. Rupa-rupanya sekarang baru kita tahu, kenapa Azlan tidak akan melakukan sumpah laknat.



Terbaru, Azlan juga menyatakan bahawa dia juga telah dibeli oleh Anwar semata-mata untuk membersihkan nama Anwar ketika Pilihanraya 13 sedang dekat. 

Perkembangan ini boleh dilihat menerusi twitter Saiful Bukhari sendiri yang berbunyi " Berkat doa, sabar dab istiqamah. Jika bapa jujur dan ikhlas, syukur Alhamdulillah. Yang HAK pasti BERDIRI, janji Allah pasti."

kenyataan twitter Saiful


Menurut sumber terdekat dari keluarga Saiful, bapanya bertindak mengkhianatinya kerana telah dibeli oleh Johari Abdul dengan bayaran RM1 Juta untuk membuat U-Turn untuk menipu penyokongnya dan penyokong PAS serta membersihkan nama Anwar Ibrahim memandangkan PRU13 semakin dekat.

Anwar kelihatan begitu tertekan memandangkan banyak ahli-ahli akar umbi PAS dan ada juga Pemimpin-pemimpin PAS yang begitu lantang menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Akhirnya, kebenaran pasti akan datang. Teruskan berjuang Saiful Bukhari. Benar kata-kata kamu, Yang hak pasti berdiri. Janji Allah Pasti!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...