BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Saturday, June 22, 2013

Sokongan Bangsa Cina Kepada Himpunan Blackout 505 Sungguh ketara.




Ternyata Himpunan Blackout505 pada kali ini di Padang Merbok mendapat sambutan yang dingin. 

Tak percaya? cerita lanjut di sini

Tetapi penganjur Blackout505 patut berterima kasih kepada kaum Cina yang ternyata memberi sokongan yang sangat padu kepada Blackout505 ini. Malahan di setiap himpunan di setiap negeri pun kebanyakkan perserta dimonopoli oleh kaum cina.

Mengapa sokongan Melayu dan India berkurang dengan mendadak?

Ini perlu kita kupas kerana semasa himpunan ini diadakan, sekumpulan penyokong dari NGO Asal Bukan Umno (ABU) juga turut berdemo membantah Anwar Ibrahim kerana keputusannya untuk mengangkat sumpah di Dewan Negara. Ini adalah bertentangan dengan perjuangan Anwar Ibrahim sendiri yang katanya memboikot keputusan pilihanraya PRU13 yang lalu. 

Sungguh ironi sekali apabila dia menolak keputusan SPR tetapi dalam masa yang sama dia setuju untuk mengangkat sumpah di Dewan Negara. Ini bermakna dia mengiktiraf keputusan Pilihanraya yang lalu. Tindakan Anwar Ibrahim dilihat seperti hanya pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan pengikutnya yang mahukan semua pemimpin PR memboikot majlis angkar sumpah tersebut kerana bagi mereka Keputusan Pilihanraya yg ke 13 lalu adalah yang paling buruk dan kotor dalam sejarah.

Mungkin ini adalah faktor berkurangnya sokongan orang Melayu dari ahli Pakatan Rakyat untuk turut serta dalam setiap Himpunan Blackout505. 

Yang menjadi tanda tanya kenapa sokongan cina kelihatan sungguh luar biasa? Adakah mereka suka pemimpin yang hipokrit? Atau ada udang di sebalik batu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...