BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Tuesday, August 27, 2013

REVOLUSI MESIR




Sehingga detik artikel ini ditulis, kita tahu yang Mesir sekarang telah diperintah oleh pemerintahan sementara yang disokong oleh Angkatan Tentera Mesir. Selama pemerintahan Morsi digulingkan oleh tentera, kita hanya didedahkan media luar hanya dari satu pihak sahaja. Media-media mainstream dari luar terutama dari barat hanya memaparkan kekejaman tentera Mesir membunuh pendemontrasi. 

Yang anehnya, kita tidak pula didedahkan kepada penjelasan oleh kumpulan yang ingin Morsi letak jawatan pada 30 Jun 2013 yang lalu dimana satu himpunan aman raksasa terbesar dalam sejarah yang dihadiri lebih kurang 30 juta rakyat berkumpul di tengah2 ibu kota Kaherah untuk meminta tolong Tentera Mesir supaya Morsi letak jawatan. Sehinggalah beberapa hari lepas itu pihak tentera akhirnya masuk campur dan terus gulingkan pemerintahan Morsi. 

30/6/2013: 30 millions Egyptians demonstrating against Morsi asking the military for help

30/6/2013: 30 millions Egyptians demonstrating against Morsi asking the military for help

video himpunan raksasaa rakyat Mesir sebelum Morsi digulingkan tentera:


Gambar dan video di atas cukup jelas menunjukkan begitu ramai rakyat Mesir yang tidak berpuas hati dengan Morsi. Masalahnya kenapa? Adakah Morsi di pihak yang benar atau sebaliknya? 

Oleh itu disini akan diceritakan secara terperinci tentang meletusnya "Egyptian Revolution" ataupun Revolusi yang sedang melanda Mesir ini sejak 2011 yang lalu.

Revolusi Mesir ini adalah satu siri revolusi yang diwarnai oleh intelligency dari barat. Pendokong revolusi ini menerapkan pelbagai ideologi dan selalunya di negara Islam mereka menyuntik fahaman agama yang ekstrim kepada setiap minda rakyat Mesir agar menjatuhkan pemerintahan yang sedia ada. Mereka menyatakan inginkan pemerintahan secara khilafah dan mahu  menjalankan pemerintahan Islam secara keseluruhan seperti zaman pemerintahan Khalifah. 

Hosni Mubarak adalah Presiden Mesir selama 30 tahun. Muslim Brotherhood ataupun Ikhwanul Muslimin telah dibenarkan untuk menyertai pilihanraya dan parlimen pada era Hosni. Ikhwanul Muslimim mempunyai hubungan yang baik dari golongan miskin kerana mereka banyak menjalankan organisasi amal.

Bermulanya gerakan Revolusi

Kita tahu revolusi ini tercetus pada 2011 dari gerakan beberapa orang belia yang mulanya menggunakan internet untuk menuntut perubahan kerajaan. Pada mulanya belia-belia ini dipercayai telah dilatih di Serbia untuk menjalankan siri revolusi di Mesir. Mereka melaungkan perubahan kerajaan, menamatkan rasuah, kroni dan sebagainya. 

Akhirnya ramai rakyat Mesir menyertai gerakan ini, tapi bilangan mereka masih kecil. Akhirnya dua hari selepas itu, Ikhwanul Muslimin mula menyertai mereka. Dan bilangan mereka semakin hari semakin bertambah kerana mereka merasakan Ikhwanul Muslimin sebagai harapan baru rakyat Mesir. 

Pada masa itu Presiden Obama juga mengeluarkan kenyataan yang menyokong tindakan demontrasi ini. Ternyata US juga mahu Hosni dijatuhkan. 




Kemuncaknya adalah dari peristiwa kematian anggota polis dan pihak pendemontrasi. Apabila ada yang terbunuh dan ramai yang tercedera maka makin menjadi-jadilah demontrasi ini. Semua rakyat menyalahkan regim Hosni Mubarak yang kejam. Pihak polis membunuh peserta demontrasi  dengan pelbagai cara samada dengan menembak atau pun melanggar dengan kenderaan polis. Kemudian tercetuslah revolusi.

Selepas 10 hari rakyat berdemontrasi di jalanan, pihak tentera telah diminta untuk membantu para pendemontrasi untuk sama-sama mendesak regim Hosni meletakkan jawatan. Disamping melindungi peserta demontrasi dari keganasan polis yang menyokong Hosni. Dan akhirnya hari ke sebelas demontrasi, Hosni meletakkan jawatan dan pilihanraya diadakan.

Dipendekkan cerita Ikhwanul Muslimin menang 51% dan Mohamad Morsi menjadi Presiden pada 30/06/2011. 

Di sepanjang pemerintahan Morsi, beliau banyak melakukan kesalahan dalam pemerintahannya. Kesalahan yang besar dalam mengatur ekonomi, politik dan keadilan. Akhirnya kemarahan rakyat yang selama ini menyokongnya semakin membuak-buak sehinggalah rakyat mengambil keputusan untuk berdemontrasi bagi membantah keputusan Morsi dalam segala keputusannya. Mereka telah mengumpul sebanyak 22juta tandatangan untuk menuntut Morsi meletak jawatan.


Antara penyalahgunaan kuasa Morsi yang menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat adalah:

1:  Beliau mengeluarkan undang-undang yang menyatakan bahawa semua keputusan beliau adalah muktamad dan tidak boleh diubah walaupun oleh mahkamah undang-undang.

2: Kemudian beliau membatalkan perintah mahkamah bahawa perlembagaan undang-undang pilihanraya adalah tidak sah dan beliau bertindak untuk membentuk parlimen haram sendiri dengan memasukkan 77% wakil dari ikhwanul muslimin dalam Parlimen.

3: Tindakan Morsi ini telah menyebabkan pengamal undang-undang menjadi marah kerana tindakan Morsi ini adalah tindakan diktator kerana ia sudah tentu akan menyebabkan undi dari pihak pembangkang menjadi sia-sia kerana tidak berkesan.

4: Akhirnya Morsi telah melantik committee untuk merangka semula perlembagaan baru. Perlembagaan baru Morsi adalah begitu berat sebelah dan tidak adil untuk negra Mesir yang didiami oleh pelbagai agama dan etnik. Kebanyakkan ahli commitee tersebut adalah dari ahli Ikhwanul Muslimin sendiri. 


Kerajaan Morsi  melindungi kumpulan Militan.

Semasa referendum perlembagaan baru itu dirangka, golongan Kristian telah di kasari, diseksa dan dibunuh oleh kumpulan Militan Islam yang bersenjata. Militan ini adalah dari gerakan Al-Qaeda. Penganut Kristian telah diugut akan dibunuh sekiranya mereka mengundi untuk menolak Perlembagaan baru tersebut. Dilaporkan sebanyak 50 gereja telah dibakar.

 Ia telah dirancang dan keganasan terhadap Kristian ini dilakukan di kawasan yang bukan dikuasai mereka.

Akhirnya Referendum Perlembagaan baru itu telah mendapat 60% undi. Rakyat tidak puas hati dan mereka menganggap kerajaan Morsi menipu dalam undi tersebut. Walaupun rakyat marah, Morsi tetap dengan keputusannya. Morsi akhirnya terus melantik semua jawatan dalam kerajaan dan gabenor di setiap kawasan hanya dari Ikhwanul Muslimin sahaja. 

General El-Sisi telah dilantik sebagai Menteri Pertahan beliau. Tetapi Kumpulan Militan yang telah melakukan keganasan kepada penganut Kristian telah diberikan pengampunan dan mereka bergerak bersembunyi di Sinai untuk menjalankan kegiatan militan Al-Qaeda mereka. Walaupun kumpulan militan ini seringkali menjadikan tentera dan polis sebagai sasaran mereka, General El-Sisi tidak boleh membantah keputusan Morsi. 


Kedudukan Ekonomi era Morsi

Semasa pemerintahan Morsi, ekonomi Mesir telah jatuh dengan begitu teruk sekali. Semasa Hosni Mubarak jatuh, rizab simpanan Mesir adalah sebanyak 60 billion USD. Semasa Morsi ambil alih, rizab simpanan Mesir telah jatuh mendadak sehingga 16 Billion sahaja. Ramai pelabur asing menutup perniagaan mereka di Mesir kerana dasar baru Morsi yang dilihat bukan mesra pelabur. 

Pendapatan dari sektor perlancongan juga telah merosot dengan teruk. Jika dahulu ramai yangingin berkunjung ke Mesir kerana keindahan piramidnya, sekarang pelancong asing takut untuk datang ke Mesir terutama pelancong dari barat kerana kumpulan Militan semakin berleluasa ditambah pula disokong oleh Morsi. Bagi sekutu Morsi juga, mereka beranggapan bahawa perlancongan juga mesti Islamik. Kebanyakkan menteri dari Ikhwanul Muslimin mempunyai perasaan prejudis terhadap orang asing dari barat dan juga penganut agama lain. Ini adalah perkara yang terburuk kerana mereka menganggap hanya mereka sahaja yang benar dan orang lain yang tidak bersama mereka adalah kafir. 


Harga Minyak era Morsi.

Harga minyak melambung dengan tinggi pada era Morsi kerana kesan dari ekonomi dan juga kegiatan penyeludupan minyak. Minyak kebanyakkannya diseludup ke Palestine melalui terowong bawah tanah yang digali oleh penyeludup. Bukan sahaja minyak, mereka juga menyeludup senjata api. Pada era Hosni Mubarak, beribu terowong bawah tanah telah dikambus oleh beliau. Tapi pada era Morsi, kegiatan penyeludupan melalui terowong ini hanya dipandang sebelah mata oleh beliau. 

Bekalan minyak seringkali habis. Dan ini menjadi masalah kepada rakyat Mesir kerana mereka terpaksa beratur berjam-jam lamanya di stesen minyak kerana bukan semua stesen minyak yang mempunyai bekalan minyak yang mencukupi. Harga minyak semakin mahal. 


Hubungan Mesir dan Palestine

Mesir adalah begara sunni. 99% orang Islam di sana adalah sunni. Hanya 1% sahaja syiah. Oleh itu, bagi rakyat Mesir, rakyat Palestine juga adalah saudara mereka, kecuali Hamas. Kenapa mereka menganggap Hamas sebagai ancaman?

Ini adalah kerana bagi mereka Hamas adalah gerakan militan atau pengganas yang seringkali menyeludup pelbagai barang secara haram melalui terowong bawah tanah terutama minyak dan senjata api. Sepertimana kita rakyat Malaysia tidak suka orang selatan Thailand seludup minyak kita ke sana, begitu juga penduduk di Mesir. Tidak ada satu negara pun di dunia ini membenarkan penyeludupan di sempadan mereka. 




Gerakan militan Hamas juga mendapat sokongan dari gerakan Al-Qaeda. Kumpulan ini seringkali melakukan perkara yang melanggari undang-undang Mesir. Tentera Mesir selama ini telah banyak dibunuh oleh mereka. Pada era Morsi, kumpulan militan ini juga turut dilindungi oleh Ikhwanul Muslimin dan bilangan mereka semakin bertambah. Senjata yang diseludup masuk ke Mesir juga semakin bertambah akibat dari kelonggaran undang-undang di pintu sempadan mesir. Terowong bawah tanah pun banyak dibuka semula. Rakyat Mesir amat tidak selesa dengan perkembangan  ini.


Morsi dipaksa Letak Jawatan

Akhirnya akibat dari kelemahan pentadbiran Morsi dan kemerosotan ekonomi yang amat teruk, rakyat telah bangkit untuk melakukan demontrasi semula agar beliau meletakkan jawatan.Pada masa ini semakin ramai rakyat yang telah kehilangan pekerjaan.Banyak kilang-kilang dan pejabat ditutup kerana ada yang syarikat yang telah lari keluar dari Mesir akibat dari dasar kerajaan Morsi yang berat sebelah.

Sebanyak 22juta tandatangan berjaya dikumpul untuk meminta Morsi meletakkan jawatan. Tetapi MOrsi hanya membisu dan akhirnya rakyat bangkit mengadakan perhimpunan raksasa di tengah ibu kota Mesir seperti yang dinyatakan di awal artikel ini.




Penggulingan Morsi oleh Tentera.

Tentera menggulingkan kerajaan Morsi/Ikhwanul Muslimin selepas desakan daripada majoriti rakyat Mesir yang mahukan diadakanpilihanraya semula. Mereka sangat kecewa dengan Morsi. Sebelum Morsi menjadi Presiden, beliau telah berjanji untuk melakukan yang terbaik termasuk menegakkan keadilan. Tetapi apabila diberi mandat, baru wajah buruk beliau dan Ikhwanul Muslimin mula terserlah. Mereka hanya berjanji palsu dan hanya taguhkan kuasa. Menggunakan slogan agama demi mendapat sokongan rakyat beragama Islam. Banyak insiden keganasan yang dilakukan pengikut Ikhwanl Muslimin seperti pembunuhan anggota polis. Serangan ke atas balai polis dan membunuh semua anggota polis. Membakar gereja-gereja orang Kristian dan macam-macam lagi.


Some Brotherhood "peaceful" protesters at El-Zamalek streets

Kebanyakkan rakyat Mesir tidak sukakan keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh pengikut Ikhwanul Muslimin ini. Senjata yang diperolehi mereka juga dipercayai dibekalkan oleh kumpulan Militan AL-Qaeda dan Hamas.



Video: jenayah yang dilakukan oelh penyokong Ikhwanul Muslimin



Video: penyokong Ikhwanul Muslimin menolak remaja jatuh dari bumbung bangunan sehingga nyawa-nyawa ikan dan tidak cukup lagi remaja itu ditetak di kepala. Akhirnya meninggal dunia.

Video: Peserta Demontrasi "Aman" menembak secara rambang ketika berdemontrasi. Dari mana senjata ini mereka dapat?


Video: Peserda Demontrasi "Aman" menentang Tentera menggunakan pistol ketika berdemontasi.


Oleh kerana peserta demontrasi ini diklasifikasian sebagai kumpulan pengganas yang merbahaya kepada penduduk Kaherah dan rakyat Mesir. Kerana mereka memiliki snejata api yang boleh membahayakan orang awam dan juga pihak berkuasa. 




Jika perkara ini berlaku di Malaysia, adalah pihak Polis/Tentera kita akan berdiam diri? fikir-fikirkanlah.



Hubungan Morsi dengan US dan IRAN.

Selepas Ikhwanul Muslimin menang di Mesir, US telah membekalkan kerajaan Morsi sebanyak 20 biji jet pejuang canggih iaitu F-16S. Tidak cukup lagi US telah memberi sebanyak 200 biji kereta kebal Abrams model M1A1. 


US supplying tanks and fighter jets to Egypt.


US supplying tanks and fighter jets to Egypt


Tapi, selepas seminggu US membekalkan jet dan kereta kebal ini, Presiden Iran telah membuat kejutan dengan melawat ke Mesir. Ini adalah sungguh memeranjatkan dunia kerana sejak Revolusi Iran pada 1979, tidak ada seorang pun Presiden Iran yang berkunjung ke Mesir. Presiden Ahmedinejad telah disambut dengan red carpet dan dicium oleh Morsi. 


Feb 2013, Iranian President Mahmoud Ahmadinejad arrived in Egypt on Tuesday on the first trip by an Iranian head of state since 1979


Video: Rakyat Mesir marah dengan lawatan Presiden Iran ke Mesir 


Rakyat Mesir membantah kerajaan Morsi menerima kunjungan Presiden Iran kerana apa yang telah mereka lakukan di Syiria. Iran juga adalah negara Syiah yang terkuat. 


bersambung...... (hubungan Erdogan dan Ikhwanul Muslimin) akan diupload dalam masa terdekat. terima kasih kerana membaca. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...