BLOG INI TELAH DIMULAKAN PADA 13 SEPTEMBER 2012. NAMA SAJA KEDAI 25 JAM, TAPI BLOG INI TIDAK MENJUAL APA-APA PRODUK PUN. TERUSKAN MEMBACA KERANA BANYAK INFO-INFO YANG MENARIK DI SINI. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA -tokai kedai

Friday, February 24, 2017

Kepala Pelajar Tingkatan 1 Berlubang Dibuli Senior.



PETALING JAYA 23 Feb 2017,- Seorang pelajar perempuan tingkatan 1 cedera di bahagian 
kepala akibat dipercayai dibuli beberapa pelajar sekolah yang sama, semalam. 

Individu yang memuat naik gambar mangsa berkata, anak kepada rakannya itu dibuli 
sehingga 'berlubang' kepala dalam kejadian di SMK Bandar Sri Damansara 2.


Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul di kepala dan perutnya dipijak oleh 
pelajar perempuan tingkatan 3 yang diketuai pelajar bernama Mira, sehingga tidak sedarkan diri. 
Punca adalah kerana kes tidak puas hati.

Mangsa telah dihantar ke hospital dan mendapatkan rawatan 4 jahitan di kepala.



Pemeriksaan pihak hospital mendapati, mangsa yang masih memakai pakaian yang dibasahi darah 
itu mengalami luka sepanjang 2 inci di bahagian kepala. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dalaman. 

Sehingga kini polis masih mencari pelajar senior tersebut. Pelajar itu tidak pulang ke rumah
 setelah kejadian tersebut.
Pelajar Tingkatan 3 yang dipercayai memukul mangsa.



Bapa mangsa memuat naik gambar di Facebooknya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...